AVS akan lancar perundingan awam mengenai Rang Undang-Undang tingkat piawai veterinar
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang doktor haiwan sedang merawat seekor kucing. (Gambar: CNA/Lim Li Ting)
SINGAPURA: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) akan melancarkan satu perundingan awam mengenai Rang Undang-Undang yang dicadangkan bagi meningkatkan piawai profesional veterinar sebelum akhir tahun ini, menurut agensi itu pada Jumaat (25 Okt).
Rang Undang-Undang yang dicadangkan itu akan mewujudkan asas undang-undang bagi penubuhan Majlis Veterinar, sebuah badan profesional baharu yang akan mengawal selia serta meningkatkan piawai dalam sektor berkenaan.
Langkah ini diambil menyusuli peningkatan berterusan pada bilangan doktor haiwan dan klinik berlesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan pemilikan haiwan peliharaan yang meningkat, kata AVS, yang merupakan sebahagian daripada Lembaga Taman Negara (NParks).
Majlis yang pertama kali diumumkan pada 2023 itu akan menyelia proses pendaftaran, pengeluaran sijil serta prosiding disiplin melibatkan doktor haiwan.
Ia juga akan menetapkan syarat dan peraturan berhubung pendidikan, meluluskan program latihan dan mengawal selia piawai tingkah laku serta etika bagi para doktor haiwan berdaftar.
Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan mengumumkan inisiatif itu semasa Singapore Vet Show 2025 pada Jumaat (24 Okt).
AVS sudah berunding dengan sektor veterinar sejak 2021 bagi menubuhkan majlis tersebut, katanya.
“Maklum balas anda telah membantu kami memperhalusi cadangan serta menyusun langkah peralihan bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan veterinar untuk industri haiwan,” kata Encik Tan.
Beliau menambah bahawa usaha tersebut kini telah menghasilkan draf undang-undang bagi Rang Undang-Undang berkenaan.
Draf Rang Undang-Undang itu mencadangkan satu rangka kerja pendaftaran baharu bagi doktor haiwan, termasuk daftar khas untuk pakar veterinar bagi mengiktiraf mereka yang mempunyai latihan dan kelayakan tambahan.
Encik Tan turut berkata Rang Undang-Undang itu akan memperkenalkan rangka kerja baharu untuk pengurusan aduan, siasatan dan rayuan, bagi memastikan ketelusan serta kebertanggungjawaban.
Orang ramai akan dipelawa untuk memberi maklum balas kepada draf Rang Undang-Undang tersebut melalui platform REACH (Reaching Everyone for Active Citizenry @ Home) selama sebulan sebelum akhir tahun ini.
Selepas perundingan awam itu, Rang Undang-Undang itu akan diperkenalkan di Parlimen dan melalui sekurang-kurangnya dua bacaan serta perbahasan sebelum diluluskan dan dipersetujui oleh Presiden untuk diwartakan.
Doktor haiwan yang kini diberi lesen oleh AVS akan dipindahkan ke rangka kerja baharu itu, dan Rang Undang-Undang tersebut akan diperluaskan kepada jururawat veterinar pada masa akan datang, kata AVS.
GARIS PANDUAN BAHARU
Bagi menangani permintaan terapi bukan konvensional untuk haiwan yang semakin meningkat, AVS turut bekerjasama dengan Persatuan Veterinar Singapura (SVA) untuk membangunkan garis panduan terapi veterinar.
Garis panduan itu akan menyediakan rangka kerja untuk doktor haiwan dan pemilik haiwan dalam menimbangkan pelbagai jenis rawatan, termasuk terapi konvensional, baharu, pelengkap dan alternatif.
Encik Tan berkata garis panduan itu menekankan keperluan untuk menggunakan pendekatan berasaskan bukti saintifik dalam mencadangkan rawatan, sambil memastikan piawai penjagaan tidak terjejas.
Terapi baharu (novel therapy) merujuk kepada rawatan yang belum terbukti dalam merawat penyakit bagi spesies tertentu - contohnya, menggunakan ubat yang diformulasikan untuk spesies lain pada anjing atau kucing.
Terapi pelengkap (complementary therapy) pula adalah amalan bukan konvensional yang digunakan bersama rawatan veterinar biasa, manakala terapi alternatif (alternative therapy) berasaskan prinsip menyokong proses penyembuhan semula jadi tubuh tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubat.
Contohnya termasuk akupunktur atau urut terapi, yang boleh dianggap sebagai terapi pelengkap jika digunakan bersama ubat konvensional, atau terapi alternatif jika digunakan secara berasingan.
Tidak seperti terapi konvensional yang sudah melalui penilaian saintifik ketat dan semakan rakan penyelidik (peer review), bentuk terapi itu mungkin kurang bukti saintifik tentang keselamatan dan keberkesanannya.
Namun begitu, AVS menegaskan semua bentuk terapi mesti dikendalikan dengan langkah perlindungan tambahan, termasuk syarat bahawa hanya doktor haiwan berlesen AVS boleh memberikan rawatan mengikut Kod Etika Veterinar.
Menurut AVS, garis panduan baharu itu akan membantu doktor haiwan menjaga keselamatan haiwan tersebut semasa menjalani rawatan, dan memberi lebih ketelusan kepada pemilik haiwan untuk memilih rawatan pilihan.
Garis panduan ini melengkapi panduan sebelum ini yang dibangunkan untuk meningkatkan piawai sektor - termasuk garis panduan penggunaan antibiotik pada 2021 serta garis panduan telekesihatan veterinar yang diperkenalkan pada Mei tahun lalu.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.