Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AvePoint dijangka gajikan lebih 500 karyawan digital jelang 2026

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Aug 2022 07:50PM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 08:56PM
SINGAPURA: Syarikat penyedia khidmat wadah sofwe dan pengurusan data AvePoint dijangka menggajikan lebih 500 karyawan profesional menjelang 2026.

Ia sudahpun menubuhkan sebuah hab Kajian dan Pengembangan (R&D) yang baru bernilai $100 juta di Singapura.

Antara jawatan-jawatan yang ditawarkan termasuk para penganalisis perniagaan, saintis data dan arkitek perisian.

Dengan hab baru itu, jumlah karyawan produk dan teknologi yang digajikan AvePoint akan meningkat hampir tiga kali ganda.

Kemudahan tersebut akan menjadi hab utama dalam rangkaian R&D syarikat itu di seluruh dunia.

Menurut AvePoint, langkah itu mencerminkan potensi yang dilihat pada Singapura serta rantau ini.

Ini adalah langkah penting dalam memacu vektor pertumbuhan utama dalam perluasannya ke peringkat antarabangsa.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan