Skip to main content

Singapura

AVA timbang cara cegah kehidupan liar berkeliaran ekoran insiden babi hutan di Punggol

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyatakan ia akan memantau keadaan di Punggol selepas insiden seekor babi hutan ditembak mati pihak polis kerana mengancam keselamatan awam semalam (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Nov 2017 08:43PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:49AM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyatakan ia akan memantau keadaan di Punggol selepas insiden seekor babi hutan ditembak mati pihak polis kerana mengancam keselamatan awam semalam (21 Nov).

Ia adalah insiden terbaru yang melibatkan babi hutan liar di negara ini.

Insiden terbaru itu berlaku di Punggol West Flyover yang terletak berdekatan dengan beberapa estet perumahan baru dan sebuah sekolah rendah.

Haiwan itu ditembak mati setelah ia menyerang para pegawai polis dan orang ramai di kawasan tersebut.

AVA sedang menimbangkan cara-cara untuk mencegah kehidupan liar daripada berkeliaran di jalan raya seperti membina penghadang dan papan tanda untuk memberi amaran kepada para pemandu.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita