AVA tarik balik snek pastri kacang selepas temui kepingan besi dalam produk
Satu kumpulan makanan ringan kacang ditarik balik oleh Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini (19 Jan) selepas kepingan kecil besi ditemui dalam salah satu pastri tersebut.
AVA tarik balik snek tradisional ini. (Gambar: AVA)
SINGAPURA: Satu kumpulan makanan ringan kacang ditarik balik oleh Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini (19 Jan) selepas kepingan kecil besi ditemui dalam salah satu pastri tersebut.
Kumpulan snek yang terjejas keluaran jenama Da Ji Da Li yang diimport dari Malaysia. Produk itu beratnya 300 gram dan mempunyai tarikh luput sehingga 30 Sep 2019.
"AVA mengesahkan bahawa kepingan besi itu dari sebuah mesin di kilang yang menghasilkan makanan ringan tersebut," menurut AVA.
"AVA sudah mengarahkan pengimport menarik balik produk terjejas dan ia tidak lagi ditawarkan di pasaran."
Makanan ringan itu, yang juga dipanggil 'kok chye', adalah snek tradisional yang sering disajikan sempena Tahun Baru Cina.
Mereka yang sudah membeli produk-produk terjejas dinasihati supaya tidak memakannya, menurut AVA. Para pembeli boleh menghubungi syarikat Mac Taste Bakery & Confectionery di talian 6284 9119 bagi sebarang pertanyaan atau pertukaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.