Skip to main content

Singapura

AVA tarik balik minuman botol dari M'sia

Minuman dalam botol keluaran satu jenama yang diimport dari Malaysia ditarik balik selepas sejenis bakteria ditemui semasa pemeriksaan biasa dilakukan terhadap contoh produk tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
AVA tarik balik minuman botol dari M'sia

Sampel minuman botol ini didapati mengandungi sejenis kuman. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 09 Sep 2018 04:32PM Dikemas Kini : 09 Sep 2018 04:35PM

SINGAPURA: Minuman dalam botol keluaran satu jenama yang diimport dari Malaysia ditarik balik selepas sejenis bakteria ditemui semasa pemeriksaan biasa dilakukan terhadap contoh produk tersebut.

Demikian menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Sabtu (8 Sep).

AVA menyatakan bahawa pseudomonas aeruginosa, sejenis bakteria sekitaran yang boleh ditemui dalam najis, tanah, air dan kumbahan, ditemui dalam sampel-sampel minuman dalam botol Guang Li Liang.

Bakteria itu boleh membiak dalam sekitaran air dan juga permukaan bahan-bahan organik yang terkena air.

Pengambilan produk-produk yang dicemari dengan bakteria tersebut boleh menyebabkan seseorang menghidapi pelbagai jangkitan, meskipun ia jarang menyebabkan penyakit serius ke atas para individu yang sihat, tambah AVA.

Minuman-minuman dalam botol yang ditarik balik menjejas kelompok nombor 18228 dengan tarikh luput 4 Ogos, 26 Ogos dan 29 Ogos 2020. Nombor kelompok produk serta tarik luputnya dicetak pada botol.

Produk tersebut diimport dari Malaysia oleh BSY Power of Light Trading. AVA sudah mengarahkan BSY untuk menarik balik produk-produk yang terjejas. Proses tesebut sedang dijalankan, tambah AVA.

"Para pengguna yang mempunyai produk-produk tersebut dinasihati supaya tidak meminum minuman tersebut. Mereka yang berasa tidak sihat mungkin ingin mendapatkan nasihat perubatan," menurut penguasa itu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pengguna boleh menghubungi BSY di talian +65 9756 8786 atau mengirimkan emel ke enquiries [at] bsytrading.com.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita