AVA tarik balik biskut laktasi 'Totally Devoted' yang boleh sebabkan alahan
Semua biskut laktasi berperisa coklat pahit keluaran 'Totally Devoted' dari New Zealand ditarik balik kerana susu dalam produk tersebut tidak dinyatakan boleh menyebabkan alahan (alergen).
SINGAPURA: Semua biskut laktasi berperisa coklat pahit keluaran 'Totally Devoted' dari New Zealand ditarik balik kerana susu dalam produk tersebut tidak dinyatakan boleh menyebabkan alahan (alergen).
Demikian menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Rabu (27 Feb).
Para pelanggan yang mempunyai alergi terhadap bahan tenusu tidak boleh mengambil produk yang dinamakan 'Feeding Cookies with Chocolate Chips' (230g) itu.
Penarikan balik produk di Singapura menyusuli satu notis yang dikeluarkan pihak berkuasa New Zealand pada Selasa (26 Feb).
AVA menyatakan ia sudah mengarahkan pengimport, Pupsik Studio, supaya menarik balik produk itu sebagai langkah berjaga-jaga. "Penarikan sedang dijalankan," tambah agensi itu.
"Mereka yang sudah mengambil produk itu dan bimbang tentang kesihatan mereka dinasihati supaya mendapatkan nasihat perubatan," menurut AVA.
Para pelanggan yang sudah membeli produk tersebut boleh menghubungi Pupsik Studio bagi sebarang pertanyaan atau penukaran.
Menurut agensi makanan New Zealand, penarikannya tidak menjejas produk-produk lain keluaran Totally Devoted.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.