Skip to main content

Singapura

AVA siasat kes bangkai tikus dalam kantung beras

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyatakan pada Ahad (3 Mac) bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap kes tikus mati ditemui dalam sebuah kantung beras.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2019 08:59PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 10:02PM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyatakan pada Ahad (3 Mac) bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap kes tikus mati ditemui dalam sebuah kantung beras.

Insiden itu mendapat perhatian apabila seorang pengguna Facebook, Vegnesh Jodimani mengongsi sebuah gambar bangkai tikus yang dikatakan ditemui di dalam sebuab kantung beras basmati jenama House Brand dari pasar raya Sheng Siong.

Menurut catatannya pada Sabtu petang (2 Mac), Vegnesh megatakan bahawa beras seberat lima kilogram itu dibeli daripada sebuah cawangan Sheng Siong di blok 739A Bedok Reservoir Road.

"Kami terkejut melihat bangkai tikus di dalamnya. Seluruh rumah saya berbau bangkai tikus," tulisnya.

Menurut AVA, pihaknya sudah menerima aduan tentang kes itu dan siasatan sedang dijalankan.

"Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama," menurut AVA dalam satu kenyataan.

"Walaupun pihak berkuasa terus berwaspada dan berusaha memastikan langkah-langkah pengawalan dikuatkuasakan dengan betul, industri makanan dan para pengguna juga perlu memainkan peranan mereka."

Seorang jurucakap Sheng Sheng memberitahu Mediacorp pada Isnin (4 Mac) bahawa semua produk beras basmati jenama House Brand sudah dialihkan daripada kesemua cawangannya dengan segera.

Pembekalnya juga sudah dimaklumkan tentang perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

"Cawangan kami di Bedok Road Reservoir di blok 739A dimaklumkan oleh pelanggan itu tentang penemuannya pada petang Sabtu ... Kami sudah mengembalikan wang kepada pelanggan tersebut dan akan bekerja rapat dengan AVA," kata jurucakap tersebut.

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita