Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVA keluarkan amaran bagi Chobani Almond Coco Loco yogurt kerana risiko alahan

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) mengeluarkan makluman pada Sabtu (30 Mac) bagi satu kumpulan produk dari Australia berjenama Chobani, yogurt Almond Coco Loco, kerana risiko sejenis bahan alahan.

Anggaran Waktu Membaca:
AVA keluarkan amaran bagi Chobani Almond Coco Loco yogurt kerana risiko alahan

(Gambar: Chobani)

Diterbitkan : 31 Mar 2019 01:17AM Dikemas Kini : 31 Mar 2019 01:19AM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) mengeluarkan makluman pada Sabtu (30 Mac) bagi satu kumpulan produk dari Australia berjenama Chobani, yogurt Almond Coco Loco, kerana risiko sejenis bahan alahan.

Dalam kenyataannya, AVA menyatakan Pejabat Agrikultur dan Sumber Air Pemerintah Australia mengeluarkan makluman bahawa kumpulan produk yogurt terjejas itu ditarik balik kerana "kandungan bahan alahan yang tidak diisytihar" iaitu kacang badam.

Produk terjejas adalah yogurt Almond Coco Loco 140g, yang mempunyai tarikh luput 23 April 2019, menurut AVA.

AVA menyatakan pemeriksaan yang dijalankan mendapati produk berkenaan diimport ke Singapura dan kesemuanya sudah dijual.

"Pembeli yang mempunyai alahan terhadap badam tidak harus memakannya. Mereka yang sudah memakan produk itu dan mempunyai kebimbangan tentang kesihatan, digalak meminta nasihat perubatan," tambah AVA.

AVA juga menasihatkan agar mereka yang sudah membeli yogurt tersebut untuk menghubungi syarikat pengimport bagi sebarang pertanyaan berhubung penukaran produk.

Makluman dari AVA menyusuli arahan oleh Australia untuk menarik semula produk yogurt Chobani Flip Almond Coco Loco akibat pembungkusan yang salah.

Dalam satu kenyataan, Piawaian Makanan Australia New Zealand (Food Standards Australia New Zealand) menyatakan produk terjejas dibungkus dalam bekas Chobani Lemon Meringue Tang. Bekas itu yang mengandungi bahan Almond Coco Loco kemudian ditutup dengan penutup Almond Coco Loco.

Pihak penguasa yang menetapkan piawaian makanan bagi Australia dan New Zealand itu juga menyatakan produk yang ditarik balik itu dijual di Coles, Woolworths dan lokasi lain di New South Wales, Queensland, Victoria, Tasmania, Australia Selatan dan Australia Barat.

Laman Chobani Australia juga memaparkan makluman penarikan semula produk bagi yogurt Flip Almond Coco Loco.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan