Australia, S'pura kukuhkan lagi hubungan pertahanan 2 hala
Australia dan Singapura mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang kukuh semasa Ketua Tentera Darat Australia Leftenan Jeneral Richard Burr melakukan lawatan pengenalan tiga hari ke negara ini.
SINGAPURA: Australia dan Singapura mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang kukuh semasa Ketua Tentera Darat Australia Leftenan Jeneral Richard Burr melakukan lawatan pengenalan tiga hari ke negara ini.
Beliau bertemu Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan pagi tadi (6 Sep).
Mereka mengalu-alukan kemajuan yang dibuat dalam pembangunan bersama bidang-bidang latihan dan kemudahan latihan canggih di Queensland. Ia termasuk dalam perjanjian Perkongsian Strategik Menyeluruh Singapura-Australia.
Mereka juga membincangkan kerjasama dalam usaha menangani pengganasan dan Peraturan Pertahanan Lima Negara.
Awal dari itu, Leftenan Jeneral Richard Burr memeriksa Kawalan Kehormatan dan bertemu para pegawai kanan pertahanan Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.