Auditorium Ustaz Ali Haji Mohamed dirasmikan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Hakim Irwan/BERITA Mediacorp
SINGAPURA: Rakyat Singapura mesti bekerja lebih keras untuk mencari titik persamaan supaya negara dapat terus menentang sebarang tekanan yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata ia penting bagi memastikan Singapura kekal sebagai sebuah yang aman dan harmoni dalam "dunia yang lebih berbahaya dan ganas."
DPM Wong berkata demikian majlis iftar dan penamaan Auditorium Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) sempena mantan Presiden Emeritus RRG Allahyarham Ustaz Ali Mohamed.

RRG juga kata beliau terus memainkan peranan penting dalam usaha menentang ekstremisme dan melindungi perpaduan sosial di Singapura.
Majlis penamaan auditorium itu diadakan bersampingan dengan acara iftar oleh RRG dan Masjid Khadijah untuk para pemimpin masyarakat dan agama serta anggota RRG pada Isnin (1 Apr).
CABARAN MASA DEPAN PERLU DITANGANI BERSAMA: DPM WONG
Dalam ucapannya, DPM Wong berkata bahawa apa yang dinikmati pada hari adalah sesuatu yang berharga yang mesti dihargai dan dijaga.
"Terdapat semakin banyak konflik bersenjata yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah oleh masyarakat global. Perang di Ukraine sudah memasuki tahun ketiga, tanpa penamat. Konflik dahsyat di Gaza semakin meragut nyawa yang tidak berdosa setiap hari," kata DPM Wong.
Kuasa-kuasa besar dunia bersaing dan akan menjadi lebih sukar bagi negara-negara untuk bekerjasama untuk menyelesaikan masalah global yang mendesak.
Dan lebih banyak persaingan dan konflik global; dan itu hanya bermakna lebih banyak masalah dan penderitaan di seluruh dunia, kata beliau.
DPM Wong berkata bahawa rakyat Singapura secara semula jadi memberi tumpuan kepada komuniti sendiri dan mereka yang lebih terdedah.
Namun beliau mengingatkan bahawa rakyat Singapura juga harus peka tentang apa yang berlaku di luar negara, dan melakukan bahagian kita sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.
"Inilah sebabnya Singapura telah meningkatkan usaha untuk menyokong rakyat Palestin. Setakat ini, kami telah menyediakan tiga pusingan bantuan, termasuk penghantaran terbaru oleh RSAF dengan Tentera Udara Diraja Jordan. Kami juga telah mengerahkan pasukan perubatan SAF di atas kapal Tentera Laut Perancis.
"Kami akan terus bekerjasama dengan negara-negara yang berfikiran serupa untuk membantu penduduk awam Gaza yang tidak bersalah. Kami akan terus menyeru agar gencatan senjata kemanusiaan segera (dilaksanakan), tebusan dibebaskan dan permusuhan ditamatkan secara kekal. Kita juga akan melakukan bahagian kita ntuk bekerja dengan masyarakat antarabangsa ke arah penyelesaian dua negara."
PERANAN PENTING RRG
Di samping itu, DPM Wong juga menyeru agar juga usaha untuk mengukuhkan semangat perpaduan di Singapura digandakan.
“Apa yang kita nikmati sekarang ini tidak berlaku secara semula jadi. Pemerintah telah meluluskan undang-undang dan dasar untuk melindungi perpaduan," kata beliau.
Pertubuhan seperti RRG, menurut beliau, telah memainkan peranan sangat penting dalam menjaga perpaduan.
“Pertama, RRG membantu untuk menjauhkan individu yang terpesong daripada ideologi radikal, dan untuk melindungi ruang bersama antara kumpulan agama kita yang berbeza.”
Selama lebih daripada 20 tahun, RRG telah memberikan kaunseling dan bimbingan, dan membantu memulihkan ramai rakyat Singapura.
Beliau memberi contoh 'Saad' yang diberikan Arahan Sekatan (RO) oleh ISD pada 2016 pada usia 17 tahun dan menerima kaunseling agama RRG.
Arahan sekatannya itu ditarik balik pada 2020.
DPM Wong juga berkata bahawa selain kaunseling agama, RRG juga sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memainkan peranan tambahan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada para tahanan dan penyelia belia.
"RRG melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup yang berguna. Usaha ini telah membantu belia untuk mengubah hidup mereka.
“Ketiga, RRG melakukan lebih banyak usaha dalam mendampingi masyarakat. Galeri Majulah adalah contoh yang baik. Dengan mendidik orang ramai tentang usaha RRG dalam menentang keganasan dan ekstremisme, ia telah membantu meningkatkan kewaspadaan terhadap ideologi ekstremis. RRG juga telah menggunakan media sosial untuk menjangkau lebih ramai orang, terutamanya belia,” kata DPM Wong.
AUDITORIUM USTAZ ALI HAJI MOHAMED DIRASMIKAN
Dalam ucapannya, DPM Wong juga berkata bahawa majlis berbuka puasa di Masjid Khadijah tahun ini lebih bermakna dengan pelancaran Auditorium Ustaz Ali Haji Mohamed.

"Pemergian (Allahyarham) Ustaz Ali tahun lalu merupakan satu kehilangan besar buat Singapura. Sebagai Pengerusi Masjid Khadijah, serta Pengasas dan Pengerusi Bersama RRG,( Allahyarham) Ustaz Ali telah memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam Singapura.
"Setiap kali kita berkumpul di auditorium ini, kita akan diingatkan tentang sumbangan dan komitmen Allahyarham terhadap keharmonian kaum dan agama. Saya berharap bahawa warisan Ustaz Ali akan memberi inspirasi kepada rakyat Singapura untuk memainkan peranan dalam memperkukuhkan tujuan bersama kita,” kata DPM Wong.
Beliau turut berkata bahawa Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) telah melancarkan Biasiswa Ali Haji Mohamed untuk Kepimpinan Masyarakat pada Januari tahun ini.
Di samping pencapaian akademik, biasiswa itu juga mencari individu yang berkongsi nilai yang dipaparkan Allahyarham Ustaz Ali yang tidak mementingkan diri sendiri.
Dalam ucapannya pula, Pengerusi Bersama RRG, Ustaz Dr Mohamed berkongsi tentang permulaan RRG yang dianggotai 13 individu di bawah kepimpinan Ustaz Hasbi Hassan (Pengerusi Bersama RRG) dan Allahyarham Ustaz Ali.
“Pada waktu itu, RRG menghadapi banyak cabaran tetapi para anggota perintis menunjukkan daya ketahanan dan ketekunan yang tinggi untuk terus berbakti dan menangani keperluan masyarakat, dengan sokongan berterusan pemerintah dan MUIS.”
“Daya ketekunan mereka adalah genting untuk RRG terus maju. Namun, dengan pemergian para anggota perintis badan ini, ada pula yang sudah tidak begitu sihat. Namun begitu, kerja-kerja asas mereka memberi inspirasi kepada asatizah muda sekarang ini untuk menyertai RRG - yang kini dianggotai 45 individu,” kata beliau.
Ustaz Dr Mohamed juga memaklumkan bahawa auditorium di Masjid Khadijah telah dirasmikan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Encik Wong Kan Seng pada April 2003.
Menurut beliau, banyak perhimpunan serupa, acara dan aktiviti telah dianjurkan oleh Masjid Khadijah dan RRG.
Ustaz Dr Mohamed berkata: “Idea untuk membina kompleks di Masjid Khadijah dicetuskan oleh arwah Ustaz Ali sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan apabila beliau mengambil alih jawatan pengerusi Masjid Khadijah pada tahun 1993. Dalam dua tahun menjawat sebagai pengerusi, beliau mengubah masjid menjadi sebuah kompleks dengan kawasan tambahan.”
“Auditorium ini adalah yang pertama daripada dua kawasan tambahan yang dibina. Disiapkan pada tahun 2002, auditorium ini memberi manfaat besar kepada masjid dan RRG,” kata beliau.
Ustaz Dr Mohamed berkata bahawa auditorium tersebut telah antara lain menjadi tempat untuk menyambut para tetamu dari luar negara serta tempat di mana latihan dan bengkel untuk para anggota RRG termasuk kursus diploma kaunseling psikologi diadakan pada 2014.
“Masjid Khadijah dan RRG telah menyambut tetamu terhormat dan rombongan luar negara seperti Imam Besar Al-Azhar, Syaikh Muhammad Al-Yaqoubi, Dr Khaled Abou El-Fadl dan ramai lagi,” kata Ustaz Dr Mohamed.
“Auditorium ini telah menyaksikan banyak peristiwa penting; termasuk visi dan usaha arwah Ustaz Ali. Auditorium ini mencerminkan simbol kepercayaan arwah Ustaz Ali bahawa masjid dan golongan Muslim memainkan peranan besar dalam masyarakat.”
Tambahnya, Arwah Ustaz Ali memahami bahawa agama mesti menjadi sebahagian daripada huraian kepada cabaran sosial penganutnya dan masyarakat secara amnya.
“Beliau membangunkan ruang ini dalam masjid untuk orang Islam dan bukan Islam berinteraksi, kerana beliau tahu kehendak kita untuk terus hidup, dan kita perlu berkembang maju bergantung kepada hubungan mesra dan bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat, untuk membawa hasil yang terbaik untuk kemanusiaan,” jelas beliau lagi.
Lantaran itu, penamaan auditorium itu bersempena dengan nama Allahyarham Ustaz Ali adalah satu penghormatan kepada jasa arwah dan diharap dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat dan para pemimpin agama masa depan.
Beliau juga berharap ketekunan dan mutu kepimpinan yang ditonjolkan arwah Ustaz Ali akan juga dijadikan contoh.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.