Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Audit MUIS, siasatan polis diteruskan terhadap urus niaga Madrasah Irsyad-ITL

Audit Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berhubung urus niaga kewangan antara Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dengan Irsyad Trust Limited (ITL) masih dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Audit MUIS, siasatan polis diteruskan terhadap urus niaga Madrasah Irsyad-ITL

Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah. (Gambar fail: Facebook)

BERITAmediacorp: Audit Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berhubung urus niaga kewangan antara Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dengan Irsyad Trust Limited (ITL) masih dijalankan.

Siasatan polis ke atas dapatan awal berhubung pemindahan tanpa kebenaran dokumen-dokumen sulit madrasah itu kepada pihak-pihak ketiga juga sedang dijalankan.

Lantaran itu, tiada butiran lanjut dapat didedahkan setakat ini, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Muhamad Faisal Bin Abdul Manap tentang hasil semakan MUIS serta tindakan susulan yang diambil daripada hasil semakan tersebut.

Pada April tahun lalu, MUIS melancarkan audit ke atas Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah bagi memeriksa urus niaga kewangan antara madrasah tersebut dengan ITL dari tahun 2013.

Ini bagi menentukan sama ada terdapat sebarang urus niaga atau kegiatan yang dilakukan tanpa kebenaran atau secara menipu.

Pada Julai tahun lalu, MUIS kemudian membuat aduan polis berdasarkan dapatan awal daripada audit tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan