Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aubeck Kam dilantik sebagai Setiausaha Tetap MHA

Anggaran Waktu Membaca:
Aubeck Kam dilantik sebagai Setiausaha Tetap MHA

(Gambar: Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD)

Diterbitkan : 26 Aug 2022 06:50PM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 06:51PM
SINGAPURA: Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) mengumumkan pada Jumaat (26 Ogos) bahawa Setiausaha Tetap (Pembangunan Sosial dan Keluarga) Aubeck Kam akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan Ehwal Dalam Negeri) di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Ini kerana Encik Chew Hock Yong bakal bersara pada 1 November selepas 31 tahun berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, menurut PSD dalam kenyataan medianya.

Encik Kam akan dilantik serentak ke jawatan tersebut pada tarikh yang sama. Beliau menyandang jawatan Setiausaha Tetap (Pembangunan Sosial dan Keluarga) sejak April 2022.

Encik Chew, 58 tahun, menyertai Perkhidmatan Awam pada 1991 dan memegang peranan penting di pelbagai kementerian.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) pada 2004 dan Setiausaha Tetap Kedua Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada 2014.

Encik Chew juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 2010.

Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing berkata: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hock Yong atas perkhidmatan beliau selama bertahun-tahun.

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan pemerintah kepada Hock Yong atas sumbangan dan kepimpinan cemerlang beliau kepada Perkhidmatan Awam dan Singapura."

Encik Kam, 52 tahun, pernah dilantik untuk menyandang pelbagai jawatan di Pasukan Polis Singapura (SPF), termasuk sebagai komander Divisyen Polis Ang Mo Kio dan pengarah operasinya.

Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebagai Timbalan Setiausaha sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Penguasa Pembangunan Media (MDA) pada 2010.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Perhubungan dan Penerangan) pada 2012 dan Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia) pada 2016.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan