Skip to main content

Singapura

Aturan pekerja kembali ke pejabat, perniagaan di CBD diharap kembali rancak

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jan 2022 09:45PM Dikemas Kini : 03 Jan 2022 09:55PM

SINGAPURA: Beberapa pusat penjaja dalam kawasan pusat perniagaan (CBD) terus lengang meskipun lebih ramai pekerja sudah dibenarkan kembali ke pejabat.

Beberapa peniaga makanan bagaimanapun berharap perniagaan mereka akan kembali rancak dalam masa beberapa minggu akan datang.

Keadaan di pusat makanan Lau Pa Sat pada waktu makan tengah hari pada Isnin (3 Jan) masih sepi.

Jumlah pelanggan tidak ramai memandangkan ramai daripada pekerja masih lagi bercuti pada hari ini.

Pun begitu, keadaannya lebih baik dengan 50 peratus pekerja yang sebelum ini bekerja dari rumah (WFH) kini dibenarkan untuk kembali ke pejabat mereka.

Restoran makanan Indonesia, "Pagi Sore" yang terletak di kawasan Telok Ayer Street misalnya sibuk melayan tempahan pelanggan meskipun kedai itu tidak dibuka pada hari Isnin.

Sesetengah perniagaan dalam kawasan CBD juga menikmati urus niaga yang rancak.

Studio kecergasan REV yang mempunyai dua cawangan menyatakan 95 peratus kelas senamannya sudah ditempah.

Malah ia merancang untuk menambah jumlah kelas pada siang hari dan pada waktu malam, selain membuka satu lagi cawangan di Bugis bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita