Aturan kerja hibrid memudahkan pekerja di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19, kata majikan SG
Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja di Raffles Place pada 6 Oktober 2022. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Semasa Singapura mengharungi gelombang COVID-19 pada April, firma perhubungan awam Tate Anzur dengan pantas mengambil tindakan.
Kakitangannya digalakkan untuk bekerja dari rumah selama beberapa minggu sebagai sebahagian daripada "pendekatan kesihatan".
Sungguhpun jangkitan COVID-19 kembali meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, syarikat itu tidak melaksanakan sebarang langkah kesihatan baharu.
"Tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan kerana para perunding kami diberi kuasa untuk mengutamakan kesihatan mereka dan mempunyai pilihan untuk (bekerja dari rumah), sambil diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengekalkan tahap profesionalisme mereka," kata pengasas dan pengarah urusan Yvonne Li, sambil menambah lebih ramai kakitangan telah memilih untuk bekerja dari rumah sejak beberapa minggu lalu.
Beliau berkata pengajaran yang diperoleh firma tersebut semasa pandemik COVID-19 membolehkan pasukannya untuk beroperasi secara hibrid dengan berkesan dan menerapkan nilai "tanggungjawab bersama" untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan satu sama lain.
Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat di Singapura.
Pada minggu 26 Nov hingga 2 Dis, jumlah jangkitan dianggarkan meningkat kepada 32,035 berbanding 22,094 kes pada minggu sebelumnya, dedah MOH.

Purata kemasukan ke hospital setiap hari dan kemasukan ke ICU juga meningkat, walaupun MOH menegaskan bahawa jumlahnya tidak setinggi semasa pandemik.
Walaupun dengan gelombang semasa COVID-19, kebanyakan syarikat memberitahu Mediacorp bahawa mereka tidak mengambil langkah-langkah kesihatan tambahan melebihi apa yang sudahpun ditetapkan.
Syarikat-syarikat di sini juga menarik perhatian kepada aturan kerja yang fleksibel, dengan sesetengah syarikat menjadikan aturan kerja sedemikian sebagai aturan kerja yang kekal selepas pandemik.
BEKERJA DARI RUMAH
Sebagai contoh, syarikat teknologi sumber manusia, Wantedly, hanya memerlukan pekerjanya di Singapura bekerja di pejabat dua kali seminggu dan ia memperkenalkan jadual pasukan yang bekerja secara berasingan semasa pandemik.
Pengurusnya, Andrew Tan berkata syarikat itu memutuskan untuk mengekalkan aturan kerja tersebut sejak pandemik kerana syarikat teknologi yang berasaskan pengetahuan itu berpegang kepada prinsip 'menyelesaikan sesuatu' di mana sahaja anda berada.
Beliau menambah, adalah penting bagi syarikat itu untuk mengekalkan kelonggaran tersebut sebagai sebahagian daripada penjenamaan majikannya untuk menarik bakat muda seperti graduan baru.
UOB menyatakan bahawa ia mempunyai dasar kerja fleksibel kekal di mana para kakitangannya boleh bekerja dari rumah sehingga dua hari seminggu.
Prudential pula menyatakan bahawa syarikat itu mempunyai budaya kerja yang fleksibel walaupun sebelum COVID-19, dan menyarankan kepada para pekerjanya supaya meluangkan sehari di pejabat bersama pasukan mereka dan hari kedua di pejabat untuk menghadiri mesyuarat.
CUTI SAKIT, TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Wantedly juga "bernasib baik" kerana tidak mempunyai sebarang kes positif COVID-19 sejak beberapa minggu lalu, kata Encik Tan.
Tetapi jika pekerja disahkan positif COVID-19, mereka boleh mematuhi tempoh sijil perubatan (MC) penuh selama kira-kira tiga hari, kata pengurus itu, sambil menambah bahawa "para pekerja tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja" jika mereka berasa kurang sihat.
Mengenai sama ada syarikat itu menyediakan kit ujian pantas antigen (ART) kepada para pekerjanya apabila mereka bekerja di pejabat, Encik Tan berkata bahawa firma itu tidak menyediakan bekalan kit baharu tetapi mempunyai kit yang belum tamat tempoh dari tahun sebelumnya.

Cik Neetha Nair, ketua pegawai sumber manusia di Prudential berkata syarikat itu menyediakan kit ART di pejabat bagi mereka yang memerlukannya.
Encik Dean Tong, ketua kumpulan sumber manusia UOB berkata, pekerja yang berasa kurang sihat digalakkan duduk di rumah dan berehat, dan boleh memohon cuti sakit tanpa perlu menyediakan MC.
Mereka yang bekerja di Singapura juga berhak mendapat satu vaksin selesema percuma setiap tahun, katanya, sambil menambah bahawa bank itu juga mendapatkan bimbingan daripada pemerintah bagi langkah-langkah berkaitan pandemik seperti memakai pelitup.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.