Aturan kerja fleksibel tumpuan utama kompak pekerja di SG, kata ketua buruh Ng Chee Meng
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TODAY/Leonard Leong
SINGAPURA: Aturan kerja fleksibel akan menjadi tumpuan utama sedang gerakan buruh melakarkan kompak baru bagi para pekerja di Singapura, menurut ketua buruh Ng Chee Meng.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu juga berkata lebih banyak perhatian akan diberikan kepada golongan muda, segmen yang disifatkannya sebagai "kurang diberi perhatian" oleh gerakan buruh itu.
Ia sudah mendampingi hampir 40,000 pekerja sejak tahun lalu bagi mendengar keprihatinan dan cabaran yang dihadapi mereka, kata Encik Ng kepada Mediacorp dalam satu wawancara eksklusif.
"Saya rasa kami sedang membuat kemajuan yang baik tetapi penyelarasan masih perlu dibuat sedang kami memuktamadkan dan menggabungkan laporan itu. Kami mahu berkongsinya bersama rakan-rakan kongsi tiga pihak, kedua-dua majikan dan terutama sekali, pemerintah," jelas beliau.
Ini demi memastikan suara para pekerja didengar sedang pucuk kepimpinan politik generasi keempat Singapura, atau 4G, melakarkan kompak sosial baru bagi negara ini.
ATURAN KERJA FLEKSIBEL
Aturan kerja fleksibel (FWA) akan menjadi tumpuan dalam kompak pekerja yang baru, sedang NTUC berusaha untuk mentakrifkan dengan lebih baik lagi jenis pekerjaan dan pendapatan bagi membantu kumpulan tertentu seperti penjaga.
Beliau berkata gerakan buruh melahirkan rasa empati terhadap keperluan mereka, terutama sekali golongan ibu yang bekerja, sambil menarik perhatian bahawa mereka berdepan tekanan daripada "kerja, kerjaya dan kadangkala bukan sahaja ibu bapa yang lanjut usia tetapi anak-anak juga".
"Kami rasa aturan kerja fleksibel, yang berstruktur dan fleksibel, dengan cara yang lebih mudah dirunding dengan majikan di mana kedua-dua pihak mempunyai pemahaman yang baik tentang makna FWA (dan) bagaimana kami boleh memenuhi keperluan mereka, akan sangat membantu," kata Encik Ng.
Beliau berkata konsep FWA adalah "titik kepedihan" yang dikongsi ramai penjaga.
TUMPUAN KEPADA BELIA
Encik Ng juga mengenal pasti belia sebagai kumpulan sasaran utama bagi gerakan buruh untuk melakukan lebih banyak lagi kerana segmen itu biasanya "kurang diberi perhatian".
Golongan itu termasuk mereka yang baru tamat sekolah serta sudah selesai menjalani perkhidmatan negara (NS) dan akan membentuk tenaga kerja masa depan, jelas beliau.
NTUC sudahpun mendampingi sekitar 10,000 beliau untuk mendengar suara pandangan mereka.
Antara keperluan yang mereka bangkitkan adalah peluang kerjaya lebih baik, penyesuaian di tempat kerja, kewangan dan kesejahteraan mental, kata Encik Ng.
"Dan khusus kepada aspirasi kerjaya ini, kami sedang memulakan program perintis makmal pemula kerjaya bagi melihat bagaimana kami boleh menambah nilai dalam ruang ini," ujarnya.
Encik Ng menarik perhatian gerakan buruh mendampingi pekerja dari pelbagai latar belakang, sambil berkongsi beliau juga melawat penjara untuk bertemu sebilangan banduan.

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.