Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aturan kerja fleksibel penting agar kakitangan capai keseimbangan kerjaya-hidup, kata Menteri MOM

Tempat kerja fleksibel penting dalam membantu para pekerja mencapai keseimbangan antara kerja dengan kehidupan.
 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Jul 2022 07:06PM Dikemas Kini : 25 Jul 2022 09:31PM
SINGAPURA: Tempat kerja fleksibel penting dalam membantu para pekerja mencapai keseimbangan antara kerja dengan kehidupan.

Ini terutama sekali dalam pasaran buruh yang ketat.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata pihak syarikat kemudian akan dapat menarik dan mengekalkan bakat serta membuka pintu kepada sumber pekerja yang lagi dimanfaatkan.

Dr Tan berkata demikian dalam satu acara anjuran DBS siang tadi (25 Jul).

Dr Tan memberi contoh kadar kepuasan dalam kalangan kakitangan DBS semakin meningkat secara bertahap-tahap sejak bank itu melaksanakan model kerja hibrid secara tetap pada Februari tahun lalu.

DBS juga sudah melancarkan sebuah portal untuk menggalakkan usaha meningkatkan dan melatih semula kemahiran.

Portal itu berfungsi sebagai jurulatih kerjaya secara maya yang membantu para individu melakarkan sasaran serta kemahiran mereka yang diperlukan.

"Kami berharap untuk melihat lebih banyak syarikat mengamalkan piawai tiga pihak dan menjadi majikan progresif pilihan. Lebih banyak sumber serta sokongan seperti bengkel dan panduan juga tersedia untuk menyokong pihak syarikat melaksanakan, mengamalkan aturan kerja fleksibel serta piawai tiga pihak," kata Dr Tan.
Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan