Skip to main content

Singapura

Aturan kerja fleksibel jadi keutamaan bagi pekerja SG: Tinjauan

Anggaran Waktu Membaca:
Aturan kerja fleksibel jadi keutamaan bagi pekerja SG: Tinjauan

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 25 Nov 2024 11:07PM Dikemas Kini : 25 Nov 2024 11:16PM
SINGAPURA: Tinjauan pada bulan September mendapati bahawa aturan kerja fleksibel menjadi keutamaan dalam kalangan para pekerja di Singapura.

Ini meskipun lebih banyak firma melaksanakan peraturan yang mewajibkan para pekerja kembali bekerja di pejabat.

Memanfaatkan teknologi serta meningkatkan kebajikan para pekerja juga menjadi pilihan utama para pekerja.

Lebih 300 pekerja dan firma menyertai Tinjauan Gaji Robert Walters tahun ini.

Ditanya tentang cara bekerja yang lebih menjadi pilihan, 82 peratus responden memilih waktu kerja fleksibel, manakala 46 peratus memilih penggunaan teknologi lebih baik.

Sebanyak 43 peratus pula mengatakan, mereka mahu lebih banyak tumpuan kepada kebajikan pekerja.

Sementara itu, jangkaan bagi kenaikan gaji kekal rendah.

Sekitar satu daripada dua pekerja tidak pasti atau tidak percaya, gaji mereka akan naik pada tahun akan datang.

Satu lagi tinjauan oleh firma pengurusan modal insan ADP mendapati bahawa 41 peratus daripada mereka yang ditinjau mendapati waktu bekerja dan lokasi di Asia kini lebih fleksibel.

Ini meskipun semakin banyak syarikat memerlukan pekerja untuk kembali bekerja di pejabat.

Di Singapura, garis panduan akan berkuat kuasa mulai 1 Disember untuk syarikat menilai secara rasmi permintaan untuk aturan kerja yang fleksibel.

Ini termasuk di mana, bila dan jumlah yang harus dilakukan semasa waktu bekerja.

Pemerhati industri berkata syarikat perlu mengemas kini dasarnya untuk terus menarik pekerja.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita