Aturan kembali ke tempat kerja, khidmat pengangkutan awam mungkin disesuaikan ikut permintaan

(Gambar fail: Mark Ramos)
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan ia sedang memantau keadaan dengan teliti, sambil menambah ada beberapa perkhidmatan bas dan MRT yang popular, sudahpun kembali kepada kadar sebelum pandemik.
Syarikat teksi ComfortDelGro juga menyaksikan "sedikit peningkatan" dalam jumlah penumpang semasa waktu sibuk pada pagi Isnin (3 Jan), kata ketua kumpulan syarikat itu bagi penjenamaan dan komunikasi Tammy Tan.
Grab juga menyaksikan "peningkatan yang stabil" dalam permintaan untuk perkhidmatan panggilan pengangkutan sejak sekatan COVID-19 dilonggarkan pada November dan sepanjang tempoh perayaan, kata jurucakap syarikat.
Pemandu teksi dan kereta sewa privet mengharapkan perniagaan lebih baik dalam masa yang akan datang.
Ini kerana sokongan pemerintah kepada sekitar 50,000 pemandu teksi dan kereta sewa privet dijangka berakhir bulan ini.
Syarikat Grab dan teksi ComfortDelGro percaya kenaikan ini akan berterusan dengan lebih ramai mula kembali ke tempat kerja.
HAB PENGANGKUTAN DI TAMPINES
Di hab pengangkutan di Tampines, waktu sibuk sebelah pagi masih tidak seperti sebelum pandemik melanda.
Para penumpang berkata ada yang masih cuti Tahun Baru dan syarikat-syarikat mungkin belum meminta pekerja kembali ke tempat kerja lagi.
Namun dengan pembukaan semula sekolah mulai esok (4 Jan), keadaan mungkin akan menjadi lebih sesak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.