Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aturan bekerja dari rumah harus diteruskan bagi kurangkan risiko COVID-19: Rakan kongsi tiga pihak

Para pekerja harus terus bekerja dari rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di tempat kerja, menurut rakan kongsi tiga pihak Singapura pada Jumaat (22 Jan) di tengah-tengah bertambahnya kes jangkitan dalam masyarakat baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Aturan bekerja dari rumah harus diteruskan bagi kurangkan risiko COVID-19: Rakan kongsi tiga pihak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Jan 2021 09:58PM Dikemas Kini : 22 Jan 2021 09:59PM

SINGAPURA: Para pekerja harus terus bekerja dari rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di tempat kerja, menurut rakan kongsi tiga pihak Singapura pada Jumaat (22 Jan) di tengah-tengah bertambahnya kes jangkitan dalam masyarakat baru-baru ini.

"Dengan risiko lebih tinggi berlaku jangkitan virus yang mudah merebak serta trend penularan COVID-19 dalam masyarakat (termasuk di tempat kerja), rakan kongsi tiga pihak memutuskan untuk menangguhkan sebarang perubahan terhadap langkah pengurusan selamat di tempat kerja," menurut satu kenyataan media bersama oleh Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Sekiranya pekerja perlu kembali ke tempat kerja, para majikan dikehendaki melaksanakan waktu bekerja yang fleksibel bagi membolehkan mereka untuk melaporkan diri ke tempat kerja pada waktu tidak sibuk.

"Waktu mula bekerja bagi pekerja sedemikian perlu mengikut waktu bergilir supaya sekurang-kurangnya separuh daripada mereka mula bekerja pada atau selepas pukul 10.00 pagi," menurut ketiga-tiga agensi itu.

"Rakan-rakan kongsi tiga pihak menyeru para majikan supaya melaksanakan waktu kerja bergilir-g secara lebih meluas."

Syarikat-syarikat juga tidak harus mengadakan majlis keramaian atau aktiviti seperti lohei atau jamuan makan beramai-ramai sempena Tahun Baru Cina kerana ini tidak dianggap sebagai kegiatan berkaitan pekerjaan dan tidak dibenarkan di bawah peraturan sedia ada, menurut pihak berkusa.

Lebih ramai orang mula kembali ke tempat kerja secara bertahap-tahap setelah Singapura beralih ke Fasa 2 dan 3 pembukaan semula.

Perjalanan pada waktu sibuk menggunakan pengangkutan awam pada Januari naik sebanyak 11 peratus berbanding November tahun lalu, menurut ketiga-tiga agensi itu.

"Sementara kami memahami keinginan bagi lebih banyak pergaulan fizikal di tempat kerja, kami menggesa majikan dan pekerja supaya kekal berjaga-jaga dalam melawan COVID-19," menurut SNEF, NTUC dan MOM.

"Syarat SMM (langkah pengurusan selamat) sedia ada adalah penting bagi meneruskan pembukaan semula ekonomi secara selamat." 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan