Atrium Asia Investment Management didenda S$1.9 juta; langgar peraturan cegah pengubahan wang haram
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Syarikat pengurusan dana, Atrium Asia Investment Management, telah dikenakan denda S$1.9 juta atas pelbagai pelanggaran syarat dan peraturan yang melindungi para pelabur daripada pengubahan wang haram dan pembiayaan dana bagi pengganasan.
Firma itu melanggar syarat dan peraturan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) beberapa kali antara Jun 2015 dan Oktober 2020, "menyebabkan firma itu berisiko disalahgunakan untuk jenayah kewangan", tegas bank pusat itu pada Selasa (29 Okt).
Teguran juga telah dikeluarkan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Mintarja Oei kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pelanggaran utama firma itu "disebabkan oleh Encik Oei", dedah MAS.
MAS turut mendedahkan bahawa pemeriksaannya ke atas Atrium Asia mendapati bahawa "dasar dan prosedur dalamannya tidak mencukupi".
Atrium Asia tidak melaksanakan proses yang secukupnya untuk mengesan dan melaporkan transaksi pelanggan yang mencurigakan dan luar biasa dengan pihak ketiga, dan akibatnya, memproses beberapa transaksi sedemikian tanpa mengesahkan hubungan antara pelanggannya dan pihak ketiga.
Firma itu juga tidak menilai dengan betul risiko pengubahan wang haram atau pembiayaan dana untuk pengganasan yang ditimbulkan oleh pelanggannya, dan juga tidak melaksanakan langkah pengurangan risiko yang sesuai untuk menangani risiko pengubahan wang haram berkaitan cukai, kata MAS.
Disebabkan kekurangan dan kelemahan sistem dan prosedur pengurusan risiko dalaman, Atrium Asia gagal mengenal pasti beberapa pelanggan sebagai orang yang terdedah secara politik atau rakan rapat mereka dan tidak menggunakan langkah wajar yang dipertingkatkan untuk pelanggan tersebut.
Atrium Asia juga tidak mempunyai prosedur dalaman untuk menyimpan rekod dokumen dan maklumat yang perlu diperoleh daripada pelanggan bagi memenuhi peraturan MAS. Ini menyebabkan firma itu tidak merekodkan identiti beberapa pemilik dan pelanggan dan gagal memastikan dokumennya mengesahkan identiti pemilik yang dikemas kini.
Syarikat tersebut "sejak itu telah mengambil tindakan pembetulan untuk menangani kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti", kata MAS.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.