Atlit SG sasar catat kejayaan di peringkat Asia & dunia susuli prestasi baik di Sukan SEA
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA
SINGAPURA: Team Singapore kini menyasarkan kejayaan melampaui Sukan SEA selepas membawa pulang 51 pingat emas, 43 perak dan 64 gangsa di Kemboja.
Para atlit negara juga memecahkan lapan rekod Sukan SEA, 17 rekod kebangsaan dan mencapai 40 prestasi terbaik peribadi di Kemboja.
Pihak berkuasa sukan tempatan menyatakan keputusan itu mengesahkan lagi kedudukan Singapura sebagai "atlit sebenar" di pentas serantau.
Institut Sukan Singapura (SSI) menyatakan beberapa sukan berjaya menarik perhatian seperti sukan lawan pedang di mana Singapura kini jaguh serantau.
Sukan itu mempamerkan prestasi terbaik dalam Sukan SEA tahun ini dengan merangkul tujuh daripada 12 pingat emas yang dipertandingkan.
Sukan renang, atletik dan polo air turut menerima pengiktirafan.
Bagi sukan yang kurang cemerlang kali ini seperti bola sepak lelaki, bola keranjang, golf, dan berbasikal, SSI mahu mereka mulakan persiapan bagi kempen seterusnya.
Team Singapore juga dalam landasan yang betul untuk menggondol pingat emas keseribu Sukan SEA dalam tempoh 34 tahun.
Tempoh itu separuh daripada yang diambil dalam kejohanan berkenaan.
Apa yang menjadi anak kuncinya adalah untuk meningkatkan lagi prestasi kohort atlit yang berprestasi tinggi bukan hanya seorang atau dua atlit saja.
Menurut pihak berkuasa sukan negara, ia boleh dilakukan dengan membina asas dan ekosistem yang baik buat atlit.
Bersaing dalam tiga edisi Sukan SEA seterusnya juga penting kerana kejohanan tersebut bakal menjalani perubahan demi membantu para atlit bersedia untuk pentas lebih besar.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.