Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Atlit SG berdepan jadual padat dengan pelbagai kejohanan antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jan 2023 05:57PM Dikemas Kini : 01 Jan 2023 10:59PM
SINGAPURA: Pada tahun 2023 ini, para atlit negara mempunyai jadual yang padat termasuk pelbagai kejohanan serantau, Asia dan dunia.

Tahun ini juga kali pertama dalam sejarah, Sukan SEA akan diadakan buat tahun kedua berturut-turut,menyusuli penangguhan Sukan SEA 2020 yang diadakan tahun lalu.
Selepas mencatat prestasi cemerlang di Sukan SEA Hanoi Mei lalu, para atlit lawan pedang Singapura berazam mengulanginya dalam edisi Phnom Penh lewat tahun ini.

Di Hanoi, mereka membawa pulang 15 pingat dengan Kiria Tikanah menyumbang dua daripadanya.
Cik Kiria yang mewakili Singapura dalam temasya Olimpik Tokyo dan kini juga menumpukan perhatian kepada Olimpik Paris tahun depan.

"Ia akan lebih sengit berbanding 2022 kerana dari sudut sukan lawan pedang, semua ingin ke Olimpik. Jadi persaingannya akan lebih besar dan lebih sengit. Tahap tekanannya akan lebih tinggi daripada sebelum ini. Jadi ini sesuatu yang saya perlu bersedia secara mental dan berada dalam tahap fizikal terbaik," ujar atlit sukan lawan pedang Singapura, Kiria Tikanah.

Jadual Cik Kiria cukup padat dengan acara kelayakan termasuk bagi Kejohanan Dunia dan Asia serta Sukan Asia, berlangsung dalam 12 bulan ini.

Juga ingin menempah tempat ke Olimpik Paris adalah para atlit sukan badminton negara.

Ogos lalu, pasukan beregu lelaki Singapura berjaya meraih pingat emas kedua negara dalam Sukan Komanwel.

Selain mereka, para atlit sukan elektronik juga akan bersaing dalam Kejohanan Dunia di Jakarta.

Peserta seperti Amos Ng dijangka beraksi dalam Sukan SEA Mei nanti iaitu salah satu daripada enam pertandingan yang akan disertainya tahun ini.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan