Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Atlit MMA Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit MMA Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun

Atlit seni bela diri campuran (MMA) Victoria Lee bersaing di sebuah acara ONE Championship. (Gambar fail: ONE Championship)

SINGAPURA: Atlit seni bela diri campuran (MMA) Victoria Lee meninggal dunia.

Khabar itu dikongsikan sendiri oleh kakaknya, Angela Lee, pada Ahad (8 Jan).

Mendiang berusia 18 tahun.

Kematian Victoria Lee di Hawaii diumumkan secara terbuka oleh Taman Memorial Valley of the Temples di Kaneohe pada Jumaat (6 Jan). Punca kematiannya, bagaimanapun, tidak dinyatakan.

Menurut agensi berita South China Morning Post (SCMP), mendiang dijadualkan bertanding dalam pertarungan MMA keempatnya sebagai atlit profesional, menentang Zeba Bano dari India, pada 14 Januari di Bangkok.

Digelar dengan panggilan "The Prodigy", Victoria Lee juga merupakan adik kepada juara lightweight dan welterweight ONE Championship, Christian Lee.

Victoria membuat penampilan sulungnya sebagai seorang atlit profesional MMA pada Februari 2021.

Komuniti MMA mengucapkan takziah menerusi catatan Instagram Angela Lee.

Menurut SCMP, upacara untuk mengenang riwayat hidup Victoria Lee dijadual diadakan pada 22 Januari sebelum upacara persemadiannya.
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan