Skip to main content

Singapura

Atlit elit akan terima lebih banyak sokongan di bawah Biasiswa Kecemerlangan Sukan semasa jalani NS

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Apr 2023 07:16PM Dikemas Kini : 12 Apr 2023 08:28PM
SINGAPURA: Para atlit lelaki elit yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) akan mendapatkan sokongan kewangan dan latihan di bawah Biasiswa Kecemerlangan Sukan.

Matlamatnya untuk memudahkan para atlit kembali untuk pertandingan.

Para atlit lelaki elit yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara sepenuh masa sebelum ini dikhuatiri akan hilang kelebihan untuk bersaing.

Ini semua akan berubah mulai tahun ini dengan adanya Biasiswa Kecemerlangan Sukan ataupun SPEX.

Di bawah program tersebut, para penerima biasiswa akan menerima elaun dan juga sokongan latihan sambil menjalankan tanggungjawab NS.

Sebelum ini, para atlit tidak layak untuk biasiswa itu ketika menjalani NS.

"Kami mengiktiraf komitmen para atlit lelaki dalam mencapai kecemerlangan dalam sukan bersama komitmen Perkhidmatan Negara dan mahu memberikan mereka sokongan latihan sepenuhnya sepanjang perkhidmatan negara sepenuh masa," kata Encik Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Pembaharuan itu akan menyaksikan para perenang negara seperti Quah Zheng Wen, Darren Chua dan Jonathan Tan kembali semula dalam program biasiswa.

Mereka sebelum ini melepaskan biasiswa mereka sebaik sahaja memulakan NS.

Tahun ini, terdapat lebih 100 atlit dari 24 bidang sukan dalam program biasiswa SPEX, iaitu kohort terbesar sejak ia dilancarkan pada 2013.

Sepanjang satu dekad yang lalu, biasiswa ini telah membantu lebih 200 atlit dan menghasilkan 13 juara dunia.

Ia juga membantu Singapura memenangi 25 kejuaraan dunia.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita