Atlet SG catat prestasi memberangsangkan di Sukan SEA 2025 meski persaingan makin sengit: David Neo
Anggaran Waktu Membaca:
David Neo bersama bintang pecut negara Shanti Pereira di Sukan SEA Thailand 2025. (Gambar: David Neo\Facebook)
- Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo berkata beliau bangga dengan keputusan yang diraih para atlet Team Singapore sejauh ini.
- Encik Neo berada di Thailand bagi memberi sokongan kepada para atlet negara yang bersaing dalam Sukan SEA.
- "Sungguh bangga sekali bahawa sesetengah sukan seperti jiu-jitsu, karate, renang artistik - mereka benar-benar menyerlah, mereka benar-benar mencatat prestasi baik."
- "Saya fikir pengalaman bersaing di peringkat ini akan memberi mereka lebih banyak keyakinan untuk memastikan kita dapat mencapai prestasi baik pada masa hadapan," kata Encik Neo.
SINGAPURA: Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo berkata beliau bangga dengan keputusan yang diraih para atlet Team Singapore sejauh ini.
Ini terutama sekali memandangkan mutu sukan serantau semakin hebat, seperti disaksikan dalam edisi temasya sukan kali ini.
Encik Neo berada di Thailand bagi memberi sokongan kepada para atlet negara yang bersaing dalam Sukan SEA.
"Sungguh bangga sekali bahawa sesetengah sukan seperti jiu-jitsu, karate, renang artistik - mereka benar-benar menyerlah, mereka benar-benar mencatat prestasi baik.
"Saya fikir apa yang memberi kita lebih banyak keselesaan dan keyakinan adalah ini merupakan skuad terbesar yang pernah kita hantar ke Sukan SEA. Lebih 900 atlet. Ramai daripada anak muda dan mereka sudah mencapai keputusan yang baik.
"Saya fikir pengalaman bersaing di peringkat ini akan memberi mereka lebih banyak keyakinan untuk memastikan kita dapat mencapai prestasi baik pada masa hadapan," kata Encik Neo.

Sumber : CNA/AI/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.