Skip to main content

Singapura

Atlet SG alami tahap tinggi masalah kesihatan mental: Kajian

Anggaran Waktu Membaca:
Atlet SG alami tahap tinggi masalah kesihatan mental: Kajian

Sebanyak 75 orang dalam usia 30-an tahun membunuh diri pada 2024. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 08 Aug 2025 11:55AM Dikemas Kini : 08 Aug 2025 12:06PM
SINGAPURA: Kajian mendapati bahawa atlet negara Singapura mengalami tahap tinggi masalah kesihatan mental.

Tahap-tahap ini bagaimanapun setanding dengan penduduk umum dan atlet sukan di negara-negara Barat.

Ia juga menyatakan bahawa ini bercanggah dengan pandangan bahawa atlet membina daya tahan melalui sukan, yang dikatakan melengkapi mereka dengan sumber kognitif untuk mengurangkan masalah kesihatan mental.

Lebih 350 atlet mengambil bahagian dalam kajian ini, yang diterbitkan oleh Singapore Medical Journal.

Hampir tiga daripada empat atlet melaporkan tahap tekanan psikologi yang tinggi, yang khusus untuk atlet.

Hampir dua daripada lima daripada mereka pula mengalami gejala kemurungan yang ketara secara klinikal.

Sekitar satu daripada lima turut melaporkan gejala keresahan 'sederhana' hingga 'teruk'.

Malah satu daripada enam disyaki mengalami apa yang dipanggil makan yang tidak teratur, atau pelbagai tingkah laku makan yang tidak teratur yang mungkin atau mungkin tidak termasuk gangguan makan tertentu.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa kira-kira 68 hingga 82 peratus atlet dengan gejala ketara daripada empat keadaan kesihatan mental, berkata mereka tidak pernah memerlukan rawatan.

Ini mungkin menunjukkan kemungkinan halangan untuk mencari atau mengakses bantuan.

Atlet wanita Singapura didapati lebih cenderung untuk mempunyai gejala kemurungan yang ketara secara klinikal berbanding lelaki.

Ini selaras dengan penyelidikan Barat.

Namun, satu faktor bagi kesimpulan ini adalah kemungkinan bahawa golongan lelaki kurang membuat laporan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita