Atlet paralimpik Yip Pin Xiu umum sudah bertunang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/yippinxiu)
SINGAPURA: 2024 merupakan tahun kejayaan buat atlet Singapura Yip Pin Xiu. Selain dua pingat emas yang diraihnya pada Paralimpik tahun ini, Yip berkongsi bahawa beliau sudah bertunang.
Dalam catatan di Instagram pada Rabu (11 Dis), Yip berkongsi bahawa teman lelakinya "tidak ingat sepatah perkataan" daripada ucapan yang sudah disiapkan ketika ingin melamarnya.
"Tetapi ia tidak penting bagi saya. Lelaki ini sangat terbuka dan sering meluahkan cintanya pada setiap peluang dalam hidup kami, dan ketika itu, dia tidak perlu katakan apa-apa untuk saya memahaminya," tulisnya.
Ramai peminat dan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut, termasuk Dennis Chew, Jean Danker dan Chew Chor Meng.
Dengan pelbagai pencapaian yang diraihnya sepanjang beberapa tahun ini, termasuk tujuh pingat emas di Paralimpik, Yip Pin Xiu merupakan atlet Paralimpik Singapura paling berjaya. Awal tahun ini, beliau menjadi atlet para pertama untuk mempunyai patung lilin di Madame Tussauds Singapura.

Related:
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.