Atlet negara boleh mohon biasiswa sarjana muda, dapat tokokan CPF di bawah skim spex
Anggaran Waktu Membaca:

Team Singapore di majlis pembukaan Sukan SEA ke-32 pada 5 Mei 2023. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Satu biasiswa baharu buat para atlet yang sedang menjalani program sarjana muda diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong pada Rabu (21 Ogos).
Atlet di bawah program Biasiswa Kecemerlangan Sukan (SpexScholarship) juga akan mendapat tokokan CPF.
Bercakap di sesi pendampingan Pihak Berkepentingan Ekosistem Sukan Prestasi Tinggi di Hab Sukan, Encik Tong berkata Biasiswa Mahasiswa spexEducation akan menyediakan sokongan dana bagi perbelanjaan seperti yuran tuisyen dan bahan-bahan pembelajaran.
Biasiswa tersebut, yang permohonannya dibuka bermula bulan depan, akan merangkumi dua laluan.
Yang pertama adalah laluan "kerjaya berganda". Ia khususnya buat para atlet yang menjalani latihan dan mengambil bahagian dalam pertandingan walaupun mereka masih menuntut di universiti.
Laluan kedua adalah laluan "kerjaya berkembar". Ia bagi mereka yang memilih untuk memulakan pengajian selepas bersara daripada sukan kompetitif.
Biasiswa itu dibuka kepada para atlet aktif yang akan mengikuti program sarjana muda sepenuh masa, dan para atlet yang sedang menjalani pengajian universiti, jelas Kementerian Budaya, Masyarakat dan Belia (MCCY) menerusi satu kertas fakta.
Antara kriteria biasiswa termasuk: Pemohon harus secara rasmi diiktiraf spexPotential dan lebih daripada itu, selain disokong Persatuan Sukan Nasional (NSA) semasa menyerahkan permohonan.
Para pemohon boleh memilih untuk mengambil sebarang kursus sarjana muda walaupun kursus berkaitan sukan "lebih diutamakan", terutama sekali bagi mereka yang membuat permohonan bagi laluan "kerjaya baharu", jelas MCCY.
"Biasiswa itu akan membantu meyakinkan para atlet kami bahawa pengajian tinggi mereka akan terjaga," ulas Encik Tong.
Untuk "memberi lebih banyak jaminan" kepada mereka yang mengambil biasiswa dan mengambil kursus berkaitan sukan, Sport Singapore (SportSG) akan mempermudah peluang pekerjaan dalam sektor sukan apabila mereka bersedia untuk bekerja, sebagaimana yang dilakukan sebelum ini, kata Encik Tong.
Di bawah laluan "kerjaya berkembar", yuran tuisyen akan dibiayai sepenuhnya bagi pemegang biasiswa yang menjalani pengajian di universiti berautonomi atau universiti luar negara untuk menyediakan "persekitaran latihan harian" yang baik. Aturan ini tidak mengira apa pun kursus pengajian mereka.
Bagi laluan "kerjaya baharu, yuran tuisyen akan dibiayai sepenuhnya bagi pemegang biasiswa yang menjalani pengajian sarjana muda di universiti berautonomi tempatan, ataupun program sarjana muda dalam sains atau pengurusan sukan di universiti luar negara.
Bagi kursus di luar bidang sukan di universiti luar negara, para pemegang biasiswa ini perlu menanggung kos tambahan menjalani program sarjana muda di universiti luar negara, tolak kos program sarjana muda setara di universiti berautomi tempatan, menurut MCCY.
Mereka yang di laluan "kerjaya baharu" dan menerima tajaan untuk mengikuti kursus berkaitan sukan di luar negara pula perlu memenuhi bon enam tahun, menurut kementerian itu lagi. Tempoh bon boleh dijalani dengan SportSG, Sekolah Sukan Singapura atau persatuan-persatuan sukan nasional.
Bagi para pemegang biasiswa yang memilih laluan "kerjaya berkembar", dan mereka yang memilih laluan "kerjaya baharu yang tidak ditaja bagi kursus berkaitan sukan, mereka tidak perlu memenuhi sebarang bon.
Para atlet di bawah skim spexScholarship juga akan menerima tokokan bulanan dalam akaun CPF masing-masing, bermula April tahun depan.
SportSG akan "menyemak dan menambah" elaun bulanan bagi 'spexScholars' dan menyalurkan 20 peratus kenaikan gaji ke dalam akaun CPF masing-masing. Di samping itu, SportSG akan menyumbang lagi 17 peratus gaji ke akaun CPF mereka.
Jumlah yang ditokok ditentukan dengan merujuk kepada kadar CPF biasa buat para majikan dan pekerja sekarang ini, jelas Encik Tong.
Beliau menambah bahawa "bersaing di peringkat tertinggi" bermakna atlet dan paraatlet ada kalanya perlu melepaskan peluang yang dapat dinikmati orang ramai, iaitu menambah simpanan, termasuk CPF.
Memandangkan gaji sedia ada tidak merangkumi sumbangan CPF, ini menjejas mereka dalam pelbagai aspek, tambah Encik Tong.
Akan ada juga "bonus peristiwa penting" yang jumlahnya gaji sebulan bagi setiap empat tahun 'spexScholarship' diselesaikan, untuk menggalak atlet terus menceburi sukan di peringkat elit buat tempoh lebih panjang.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.