Atlet muda buru impian dalam badminton, sasar harumkan nama negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bunyi pukulan bulu tangkis, derap kaki di gelanggang dan suara jurulatih memberi arahan.
Itulah dunia Sharifah Nur Aisha Shaik Mohd Danial, 12 tahun, sejak kecil.
Aisha merupakan antara 1,325 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan Siri Kumpulan Umur WYSE ACTIVE VICTOR 2026 di Hab Wyse Active yang terletak di Jurong East.
Dianjurkan oleh WYSE ACTIVE dan disokong oleh Persatuan Badminton Singapura (SBA), ia merupakan antara kejohanan badminton remaja terbesar di Singapura yang berlangsung dari 15 hingga 22 Mac.
Edisi tahun ini mencatat penyertaan tertinggi setakat ini, termasuk 197 pemain antarabangsa termasuk China, India, Indonesia, Malaysia dan Korean Selatan.
AISHA CATAT PRESTASI CEMERALANG DALAM PERTANDINGAN WYSE
Aisha bertanding dalam dua kategori - bawah 13 tahun (U13) dan bawah 15 tahun (U15).
Dalam suasana tegang, Aisha melangkah masuk ke gelanggang dengan keyakinan yang terbina sejak kecil.
“Pertandingan ini bukan pertandingan pertama saya. Oleh itu, saya tidak rasa takut,” ujarnya.
Aisha akhirnya menjadi naib johan untuk kategori U13.
Namun, nasibnya tidak begitu baik bagi persaingan kategori U15, selepas tidak dapat marah ke peringkat suku akhir.
Turut menyertai pertandingan itu ialah adiknya, Sharifah Nur Iman Shaik Mohd Danial, 10 tahun, dalam kategori bawah 11 tahun (U11).

BUKAN SEKADAR MENANG, TERUS JUNJUNG NILAI KESUKANAN
Di sebalik semangat juang, terserlah nilai kesukanan yang matang.
Dalam perlawanan pertamanya bagi kategori bawah 13 tahun (U13), Aisha memenangi kededua set dengan keputusan 21-4 dan 21-1.
Malah, ketika mendahului jauh, terdetik dalam hatinya untuk menunjukkan ihsan kepada lawannya.
“Dalam pertandingan, lumrah kita bertanding dengan mereka yang kurang kuat. Sebagai ahli sukan, saya memberinya satu mata supaya kita berdua boleh merasai keseronokan bertanding bersama-sama,” ujarnya.
MINAT YANG BERKEMBANG MENJADI BIDANG YANG DICEBURI
Ketika kanak-kanak lain lagi bermain di taman, Aisha pula banyak menghabiskan masa di gelanggang badminton, mengikuti jejak kakaknya yang berlatih bersama bapa mereka, Encik Shaik Mohd Danial yang melatih secara sambilan sebagai satu minat.
Malah, menurut bapa kepada tiga orang anak perempuan itu, Aisha seolah-olah "membesar di gelanggang".
“Dia ikut kakak dia dari kecil. Dari situ dia tengok, dia serap, lepas itu dia sendiri ingin memegang raket,” kongsi beliau yang berusia 52 tahun.
Apa yang bermula sebagai permainan kini menjadi komitmen serius.
Aisha menjalani latihan hampir setiap hari, sekitar tiga jam setiap sesi — satu rutin yang menuntut disiplin tinggi bagi seorang pelajar Sekolah Perempuan Cina Singapura itu.
Aisha juga merupakan antara atlet yang menerima tajaan di bawah Program Pembangunan Bakat (TDP) Wyse Active sejak 2025.
Program itu menyediakan latihan berstruktur, pendedahan kepada pertandingan tempatan dan antarabangsa, peluang pertukaran serta penyediaan peralatan latihan.
Daripada program tersebut, Aisha merupakan antara 23 atlet muda elit yang terpilih untuk bertanding dalam kejohanan WYSE tahun ini.

ASAH BAKAT DENGAN PENGALAMAN ANTARABANGSA
Meluangkan masa selama tiga jam setiap hari di Wyse Active Hub, Aisha menjalani latihan dan memperbaiki asas penting seperti kawalan, ketepatan masa dan strategi permainan.
Namun, kemahirannya tidak hanya diasah melalui latihan dan pertandingan tempatan.
Melalui program pembangunan, Aisha berpeluang menyertai latihan dan pertandingan di Indonesia dan Jepun — dua negara yang terkenal sebagai kuasa besar badminton.
"Pengalaman itu membuka perspektif baharu dan mendorong saya untuk terus memperbaiki diri," katanya.
MEMBAWA HARAPAN UNTUK MASA DEPAN MASYARAKAT DAN NEGARA
Pada usia yang masih muda, Aisha sudah mula memahami dinamika dalam dunia sukan tersebut, selain menyedari dirinya antara segelintir atlet Melayu muda dalam sukan badminton.
"Walaupun tidak ramai atlet Melayu berbanding bangsa lain, kita tidak harus mengambilnya sebagai halangan, dan terus berusaha untuk berjaya," ujarnya.
Lantas, setiap kemenangan membawa makna yang lebih besar buat dirinya kerana berpeluang mewakili masyarakat Melayu dan negara dalam sukan itu
Aisha kini terus melangkah dengan satu impian jelas iaitu untuk membawa pulang pingat emas untuk Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.