Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AstraZeneca meterai perjanjian dengan S'pura bagi ubat rawatan COVID-19

Ubat antibodi COVID-19 AstraZeneca dijangka tiba di Singapura dalam masa beberapa minggu akan datang, selepas syarikat biofarmaseutikal itu mengumumkan hari ini (10 Dis) bahawa ia memeterai perjanjian baru pembelian bersama pemerintah Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
AstraZeneca meterai perjanjian dengan S'pura bagi ubat rawatan COVID-19
Diterbitkan : 10 Dec 2021 04:44PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 04:45PM

SINGAPURA: Ubat antibodi COVID-19 AstraZeneca dijangka tiba di Singapura dalam masa beberapa minggu akan datang, selepas syarikat biofarmaseutikal itu mengumumkan hari ini (10 Dis) bahawa ia memeterai perjanjian baru pembelian bersama pemerintah Singapura.

Ubat Evusheld menggabungkan dua antibodi bertindak lama iaitu tixagevimab dan cilgavimab, yang membantu sistem imun untuk melawan koronavirus.

Menjawab pertanyaan oleh Mediacorp, Penguasa Sains Kesihatan menyatakan bahawa ia sedang berunding dengan AstraZeneca untuk memudahkan penyerahan kawal selia.

"Pada ketika ini, tiada permohonan difailkan."

AstraZeneca menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Fasa Ketiga uji cuba ubat itu mendedahkan bahawa risiko menghidap penyakit teruk atau kematian berkurangan sebanyak 88 peratus apabila pesakit yang mengalami jangkitan ringan atau sederhana COVID-19 dirawat dalam masa tiga hari selepas mengalami simptom.

"Bekalan itu dijangka tiba di Singapura menjelang hujung tahun ini," menurut syarikat yang berpangkalan di Britain itu.

Ubat itu diberikan menerusi dua suntikan ke dalam otot dan boleh digunakan untuk merawat dan mencegah jangkitan COVID-19.

Dapatan awal makmal menunjukkan bahawa ubat itu berkesan terhadap pelbagai varian yang membimbangkan (VoC) termasuk varian Delta yang dominan, menurut syarikat itu.

Data sebelum ujian klinikal mencadangkan bahawa varian baru Omicron tidak akan ada kesan ketara terhadap keberkesanan Evusheld, menurut syarikat itu.

Ubat itu dikaji dalam satu program uji cuba klinikal yang menyeluruh bagi rawatan dan pencegahan COVID-19 dalam lebih 9,000 peserta.

Pada minggu ini, AstraZeneca menerima kelulusan penggunaan kecemasan bagi Evusheld dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat bagi pencegahan COVID-19. Ia sudahpun memfailkan permohonan bagi kelulusan kawal selia di negara-negara lain.

Presiden bagi AstraZeneca Singapore, Encik Vinod Narayanan berkata bahawa ubat itu akan menawarkan satu lagi pilihan pencegahan bagi individu yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, selain daripada vaksin. Ini termasuk individu yang mempunyai daya imun lemah dan tidak boleh menghasilkan tindak balas perlindungan pada tahap sewajarnya selepas mendapatkan vaksin.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan