Astaka S'pura menang Anugerah Emas Seni Bina & Landskap Ekspo Dubai 2020

Gambar: Gwyneth Teo
DUBAI: Astaka Singapura memenangi salah satu anugerah tertinggi semasa Ekspo 2020 di Dubai yang melabuhkan tirainya bulan lalu.
Ia menerima Anugerah Emas bagi Seni Bina dan Landskap.

Astaka Singapura menang dalam kategori astaka binaan sendiri dengan keluasan kurang 1,750 meter persegi.
Lebih 500 panel suria digunakan untuk membekalkan sumber tenaga sendiri sepanjang enam bulan.

Ini termasuk membekalkan tenaga bagi loji rawatan air untuk mengolah air dari laut bagi menghidupkan 80,000 pokok di tengah-tengah padang pasir.

Menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), lebih sejuta orang mengunjungi Astaka Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.