Astaka kesihatan, kecergasan dalam Karnival Kesihatan Body SOS 2019
Karnival Kesihatan Body SOS kembali buat kali keempat.
SINGAPURA: Karnival Kesihatan Body SOS kembali buat kali keempat.
Kali ini, para pengunjung boleh menjangkakan dua astaka baru, iaitu astaka kesihatan dan astaka kecergasan, yang akan ditambahkan pada pameran tersebut, menurut Ketua Penonton Cina Mediacorp, Jomay Wan.
Acara kesihatan tahunan itu merupakan lanjutan bagi program kesihatan mingguan Saluran 8 Mediacorp, Body SOS, yang bertujuan menangani pelbagai isu kesihatan.
Ia dipercayai adalah salah sebuah pameran kesihatan paling besar yang pernah dianjurkan di Singapura.
Karnival selama dua hari itu berlangsung di Pusat Konvensyen dan pameran Suntec City, dengan menampilkan lebih 50 peserta pameran. Seminar-seminar oleh pakar-pakar kesihatan tempatan dan luar negara turut diadakan.
Tiada bayaran masuk dikenakan. Karnival itu akan diadakan sehingga pukul 9.00 malam esok (3 Mac).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.