Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Asrama DREAMS bagi pelajar di flat sewa disambut baik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah badan amal tempatan membuka sebuah asrama untuk remaja daripada keluarga yang tinggal di flat sewa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Ia mewujudkan ruang pembelajaran dan kediaman yang selamat dan stabil.

Terdapat seramai 25 pelajar sejauh ini dan perbelanjaan mereka ditaja sepenuhnya oleh para penderma.

Pelajar yang turut memanfaatkan inisiatif ini adalah Ariq Mirza Anour, 13 tahun. Dia sudah lebih sebulan tinggal di asrama itu.

Selepas pulang dari sekolah, dia akan mengulangkaji pelajaran dan juga bersukan.

"Perasaan bila first time datang sini, gembira. Tempat sini ada meja sendiri dengan ruang sendiri. Dan boleh macam bergaul dengan kawan-kawan," kata Aniq.

"Kalau di rumah kita tak ada tempat untuk meja. Dan kalau belajar di rumah,banyak gangguan daripada adik beradiknya. Yang penting adalah kebaikannya sendiri. Jadi dia boleh belajar dan improve dalam dia punya pelajaran," kata bapa Aniq, Encik Anour Ramli.

Asrama di kawasan Joo Chiat itu dibuka pada bulan lalu dan mempunyai 25 penghuni yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Mereka pulang ke rumah masing-masing pada setiap hujung minggu.

Setakat ini, pusat itu hanya menerima para pelajar Menengah satu dan dua dan mereka boleh tinggal di sini sehingga tempoh enam tahun.

Namun, mereka harus lulus dalam peperiksaan untuk terus tinggal di sini.

Di samping menyediakan sarapan pagi dan makan malam, pelbagai aktiviti seperti kelas-kelas tuisyen, pengayaan juga disediakan.

"Kami memainkan bantuan tambahan untuk mereka dalam kerja sekolah, memberi mereka tuisyen dalam subjek-subjek kunci dan akan memperhatikan apakah yang seseorang anak itu perlukan dan jika boleh, menghulurkan bantuan yang diperlukan," jelas pengasas asrama DREAMS, Encik Stanley Tan.

Asrama ini mampu menempatkan sehingga 40 pelajar setahun.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan