ASME, ITE lancar program tingkat penggunaan AI dalam SME
Anggaran Waktu Membaca:
- ASME dan ITE melancarkan Program Peningkatan Berasaskan Kumpulan (GBU) pada Hari Digitalisasi SME 2026 untuk membantu SME di Singapura memanfaatkan AI.
- Program itu bertujuan menangani kebimbangan SME tentang AI, memberi latihan dan bimbingan supaya pekerja dapat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.
- Lebih 120 SME dari pelbagai sektor dijangka menyertai kohort pertama tahun ini, dengan sokongan dalam integrasi AI dan transformasi aliran kerja.
- ASME, ITE dan PERGAS turut bekerjasama membantu asatizah yang menceburi perniagaan, melalui latihan dan rangkaian untuk memperkukuh impak sosial dan ekonomi mereka.
SINGAPURA: Sebuah program baharu bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) serta mempersiapkan tenaga kerja menghadapi perubahan teknologi dilancarkan.
Program Peningkatan Berasaskan Kumpulan (GBU) dllancarkan oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (ASME) bersama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sempena Hari Digitalisasi SME 2026 pada Jumaat (31 Jul).
Ia bertujuan menangani kebimbangan dalam kalangan SME mengenai penggunaan AI, termasuk tanggapan bahawa teknologi itu akan menggantikan pekerjaan.
Hakikatnya, menurut Naib Presiden Komunikasi dan Dasar ASME, Hamidah Aidillah, bagi perusahaan kecil di Singapura, penggunaan AI secara meluas lebih berpotensi mengubah peranan sedia ada pekerja berbanding menggantikan pekerjaan.
"Sebenarnya dengan GBU ini, kita sekarang dapat melakarkan dan menggabungkan sistem-sistem AI yang sesuai untuk tujuan dan sesuai untuk keperluan dan juga khidmat rundingan dalam menolong syarikat-syarikat kecil untuk mencapai peningkatan pekerjaan yang lebih tinggi dan ia dapat menolong transformasi aliran kerja untuk para pekerja mereka," kata Cik Hamidah.
Menurut Laporan Ekonomi Digital Singapura oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), hanya 14.5 peratus SME menggunakan AI pada 2024, berbanding 62.5 peratus syarikat lebih besar.
Menerusi program itu, perusahaan akan dibimbing mengintegrasikan AI ke dalam operasi harian serta menyesuaikan aliran kerja mengikut keperluan perniagaan.
Peserta juga akan menerima latihan dan bimbingan bagi membolehkan mereka mengendalikan sistem AI.
Lebih 120 SME dijangka membentuk kohort pertama tahun ini, meliputi sektor runcit, khidmat profesional dan logistik.

KERJASAMA ASME, ITE DAN PERGAS SOKONG ASATIZAH MANFAATKAN AI
Pada masa yang sama, ASME dan ITE turut menjalin kerjasama dengan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), bagi membantu golongan asatizah yang menceburi bidang perniagaan untuk mendakap AI.
Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama antara ASME dengan PERGAS yang dimeterai dalam satu Memorandum Persefahaman (MoU) pada Mei lalu bagi memperkukuh peranan asatizah untuk memacu pertumbuhan perusahaan tempatan.

Menurut Presiden PERGAS, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, kebanyakan perniagaan yang diterajui para asatizah merupakan perusahaan mikro dan kecil yang berdepan cabaran seperti kekangan sumber dan usaha untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Antara perniagaan yang diterajui asatizah termasuk bidang pendidikan, agensi pelancongan, perundingan kewangan serta teknologi.
Tambah Ustaz Tarmizi lagi, program tersebut diyakini dapat membantu golongan asatizah yang telah memulakan perniagaan, mahupun mereka yang berhasrat untuk berbuat demikian, menerusi latihan dan bimbingan dalam mendigitalisasikan perniagaan serta memanfaatkan AI dengan lebih berkesan.
Beliau juga berharap kohort tersebut dapat mewujudkan rangkaian yang saling membantu antara satu sama lain.
"Rangkaian seperti inilah yang diimpikan oleh PERGAS untuk bukan sahaja meningkatkan perniagaan mereka dari segi keuntungan, tetapi juga dari segi impak sosialnya dan keberkesanannya kepada masyarakat secara amnya," jelas Ustaz Tarmizi.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.