Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Askar kerahan yang rebah ketika sesi senaman NS FIT meninggal dunia akibat penyakit jantung: MINDEF, HPB

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Askar kerahan (NSman) yang rebah semasa menjalani satu sesi senaman pada petang Rabu (2 Mac), meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mengumumkan penemuan itu dalam satu kenyataan media bersama pada Isnin (7 Mac), selepas pemeriksaan bedah siasat dilakukan.

Lelaki berusia 25 tahun itu rebah semasa menjalani sesi latihan intensiti tinggi (HIIT) pantas HPB di Taman West Coast pada 2 Mac. Beliau dibawa ke hospital, dan disahkan meninggal dunia hampir dua jam kemudian.

Lelaki itu menyertai sesi tersebut sebagai sebahagian daripada program Latihan Peningkatan Kecergasan Perkhidmatan Negara (NS FIT).

Semakan terhadap amalan keselamatan HPB bagi program kecergasannya sedang dijalankan, dengan sesi Quick HIIT terus digantung sehingga ke tarikh yang diumumkan kelak.

"MINDEF, Angkatan Bersenjata Singapura dan HPB terus membantu keluarga dalam masa kesedihan mereka."

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan