Asia penting dalam huraikan krisis iklim, digalak berkolaborasi bagi masa depan rendah karbon
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Asia penting dalam menyelesaikan krisis iklim dan harus bekerjasama secara serantau bagi masa depan rendah karbon, kata Menteri Kanan Teo Chee Hean pada Selasa (6 Mei).
Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan pengerusi Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Perubahan Iklim, berucap pada pembukaan Minggu Ecosperity 2025 di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands.
Acara kemampanan tahunan yang dianjurkan oleh Temasek akan berlangsung dari 5 Mei hingga 8 Mei, dengan temanya berpusat pada peranan Asia dalam memerangi perubahan iklim.
Encik Teo menyampaikan ucaptamanya di mana beliau menarik perhatian kepada keadaan global yang semakin tidak menentu.
"Aturan perdagangan antarabangsa sudah terbalik. Rantaian bekalan sedang dilakar semula. Kepimpinan global berada dalam keadaan tidak menentu, menimbulkan dunia yang lebih bertindak sewenang-wenang, bersifat pelindung (protectionist), dan berbahaya.
"Akibatnya, negara-negara menilai semula keutamaan masing-masing, meletakkan penekanan baharu pada ketahanan ekonomi, sifat berdikari dan autonomi strategik," kata Encik Teo, sambil menambah bahawa tidak mengejutkan jika agenda iklim tidak menjadi keutamaan pada masa-masa sebegini.
Asia boleh menyaksikan kerugian sehingga 41 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) menjelang 2100 di bawah senario pelepasan tinggi, kata Encik Teo, memetik laporan oleh Bank Pembangunan Asia.
Asia Tenggara akan melihat gangguan besar kepada bekalan makanan dan institusi lain akibat cuaca melampau, tambahnya.
"Namun, di sini jugalah, di Asia, di mana perjuangan menentang perubahan iklim boleh dimenangi atau kalah.
"Rantau kita bukan sahaja terdedah kepada krisis. Kita penting dalam menghuraikannya."
Walaupun Asia hari ini menyumbang lebih daripada separuh pelepasan karbon global, pelepasan per kapitanya masih lebih rendah berbanding Amerika Syarikat dan Eropah, kata beliau.
"Jadi, walaupun Asia dijangka menyumbang 90 peratus daripada pertumbuhan permintaan tenaga dunia pada masa hadapan, pertumbuhan ini adalah akibat yang perlu berlaku bagi meningkatkan kehidupan orang ramai, mengurangkan kemiskinan dan memastikan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan mendapat akses kepada - contohnya - tenaga elektrik yang boleh dipercayai.
"Cara Asia mencari tenaga - sama ada daripada bahan api fosil atau boleh diperbaharui - dan bagaimana kita menyahkarbon, akan membentuk bukan sahaja trajektori kita sendiri, tetapi seluruh dunia."
Encik Teo juga bercakap tentang tiga bidang di mana kerjasama yang lebih mendalam di Asia Tenggara boleh memacu pertumbuhan, ketahanan dan tindakan iklim.
Satu bidang adalah dalam grid serantau, di mana penggunaan masih "terhad" disebabkan sambungan grid yang lemah, kata Encik Teo.
Beliau berkata bahawa grid kuasa Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), iaitu grid serantau yang saling berhubung untuk memudahkan perdagangan elektrik, sedang menunjukkan kemajuan.
Tahun lalu, perdagangan elektrik di bawah Projek Integrasi Kuasa Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapura meningkat seganda daripada 100 megawatt kepada 200 megawatt, dan Singapura memajukan perjanjian untuk berdagang bagi elektrik hijau dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Malaysia.
Dengan pelaburan berterusan dan kerjasama merentas sempadan, grid ASEAN boleh meningkatkan GDP sehingga 4.6 peratus dan mewujudkan ribuan pekerjaan hijau, kata Encik Teo.
Encik Teo berkata bahawa pembiayaan juga penting dalam usaha untuk menyahkarbon.
"Malangnya, Asia Tenggara menghadapi jurang kewangan yang ketara untuk pelaburan hijau.
"Banyak pemerintah di rantau kita menghadapi tekanan Belanjawan. Sektor swasta mempunyai sumber untuk digunakan, tetapi wajar berwaspada tentang risiko dan pulangan pelaburan hijau," katanya.
Beliau menarik perhatian bahawa Singapura melancarkan Kerjasama Peralihan Pembiayaan Asia (FAST-P), yang bertujuan untuk menggerakkan sehingga AS$5 bilion (S$6.47) bagi membiayai projek hijau.
FAST-P adalah inisiatif pembiayaan campuran yang dilancarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 2023 untuk menyatukan rakan antarabangsa dalam usaha ke arah penyahkarbonan dan ketahanan iklim di Asia.
Di COP29, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu mengumumkan bahawa Singapura telah memberi komitmen sehingga AS$500 juta (S$647 juta) dalam pembiayaan konsesi untuk menyokong FAST-P.
MAS akan memberikan kemas kini inisiatif tersebut pada Rabu, menurut Encik Teo.
Encik Teo juga berkata bahawa kredit karbon boleh membantu memacu penyahkarbonan dan boleh bertindak sebagai "tuas berkuasa" untuk memperbaiki "ekonomi penutupan loji arang" di Asia. Singapura menyokong usaha ini melalui Gabungan Kredit Peralihan MAS, kata Encik Teo.
"Untuk pasaran karbon berfungsi, kepercayaan terhadap integriti pasaran ini adalah penting. Dan inilah sebabnya Singapura komited untuk bekerjasama rapat dengan pemerintah, perniagaan, badan standard dan pertubuhan antarabangsa untuk membangunkan piawai dan rangka kerja global yang menjunjung kualiti dan integriti.
"Kami mahu melihat standard yang tinggi untuk kredit yang kami sokong, dan memimpin jalan ke arah pasaran karbon yang boleh dipercayai."
Sebagai menggulung ucapannya, Encik Teo merujuk kepada bagaimana Singapura pada Februari mengemukakan sumbangan 2035 kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim, menunjukkan komitmennya untuk mengurangkan pelepasan.
Singapura adalah antara 20 negara daripada hampir 200 yang berbuat demikian, dan komited untuk mengurangkan pelepasan kepada antara 45 juta tan dan 50 juta tan setara karbon dioksida menjelang 2035.
"Ini memastikan kita berada di landasan yang stabil ke arah matlamat pelepasan sifar bersih menjelang 2050, dan menandakan tekad kita untuk bekerjasama dengan perniagaan dan rakan-rakan kita di rantau ini untuk beralih kepada masa depan rendah karbon," katanya.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.