Aset keseluruhan S$994 juta dalam kes pengubahan wang haram terbesar di SG diserahkan kepada negara
Anggaran Waktu Membaca:

(Lukisan: CNA/Lydia Lam)
SINGAPURA: Aset sekitar S$994 juta yang dirampas dalam kes berkait 10 penjenayah yang terlibat dalam siasatan pengubahan wang haram yang terbesar di Singapura, akan diserahkan kepada negara.
Ini setelah pesalah terakhir dijatuhi hukuman penjara.
Siasatan itu, yang bermula pada 2021 setelah menerima maklumat bahawa sekumpulan warga asing menggunakan dokumen-dokumen palsu untuk mencuci wang di Singapura, menyebabkan penangkapan sembilan orang lelaki dan seorang wanita, dari China, - menerusi pembelian hartanah di seluruh negara pada Ogos 2023.
Dalam masa beberapa bulan selepan penahanan dibuat, aset bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan pesalah, serta beberapa suspek lain yang melarikan diri, sudahpun dirampas.
Ini termasuk wang tunai, hartanah mewah, barangan berjenama, mata wang kripto dan minuman arak.
Para pesalah mengaku bersalah atas beberapa jenayah, termasuk pengubahan wang haram, memalsukan dokumen-dokumen bank dan kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan, seperti menipu Kementerian Tenaga manusia untuk mendapatkan pas pekerjaan untuk memasuki Singapura.
Mereka dijatuhi hukuman penjara selama 13 hingga 17 bulan.
Individu yang ke-10, seorang warga negara Vanuatu Su Jianfeng, 36 tahun, dijatuhi hukuman penjara yang paling lama pada Isnin (10 Jun), sekaligus menggulung kes tersebut.
Dalam satu kenyataan selepas perbicaraan, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa nilai aset yang berkait 10 pesalah itu melebihi S$1 bilion setakat ini.
Aset bernilai sekitar S$994 juta diarahkan makhamah untuk diserahkan kepada negara.
Daripada 10 pesalah, hanya satu - Su Wenqiang - bersetuju untuk menyerahkan 100 peratus daripada aset bernilai kira-kira S$6 juta yang dirampas daripadanya.
Siasatan masih dijalankan terhadap 17 lagi suspek yang kini tidak berada di Singapura. Aset yang dikaitkan dengan mereka adalah baki jumlah S$3 bilion yang dirampas.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap polis berkata bahawa aset yang bukan wang tunai akan dijual menerusi saluran seperti lelong. Hasil jualan itu kemudian, serta wang tunai yang dirampas - akan disalurkan kepada dana gabungan Singapura - seperti akaun bank yang dipegang oleh pemerintah.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komersil SPF David Chew berkata bahawa "usaha penguatkuasaan undang-undang yang pantas dan tegas" serta "pendakwaan yang berjaya" adalah bukti "komitmen kami untuk menangani jenayah antara negara dan menghentikan aktiviti sindiket jenayah yang dirancang".
"Bagi melindung sistem kewangan Singapura, polis tidak akan berhenti berusaha untuk mengesan kesalahan, menangkap penjenayah dan melucutkan keuntungan haram mereka. Di Singapura, penjenayah ini tidak akan mendapat pelabuhan selamat untuk diri mereka atau kekayaan mereka," katanya.
Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pendakwa dari Jabatan Peguam Negara Tan Kiat Pheng berkata jumlah yang terlibat dalam kes 10 banduan itu menjadikan ini salah satu kes pengubahan wang haram terbesar yang didakwa di Singapura.
"Pendakwaan pantas bagi sepuluh kes ini adalah mesej kuat kepada bakal penjenayah bahawa Singapura tidak akan bertolak ansur dengan percubaan untuk melanggar undang-undang kita," katanya.
"Kami akan mengambil tindakan tegas dan pantas terhadap mereka yang mengeksploitasi sistem kami untuk menukar keuntungan haram atau melakukan jenayah kolar putih. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dan pengawal selia kami untuk melindungi reputasi dan integriti hasil titik peluh Singapura sebagai sebuah hab kewangan global."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.