Aset Crypto mudahkan perdagangan selamat tanpa orang tengah, kata MAS
SINGAPURA: Bank-bank pusat diseru untuk menghasilkan sistem mata wang digital yang boleh saling bekerjasama.
Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon berkata, sistem sedemikian akan mendatangkan manfaat unik, lebih-lebih lagi bagi bayaran rentas sempadan.
Encik Menon berkata, penggunaan aset Crypto boleh memudahkan khidmat terjamin tanpa perlu ada orang tengah.
Beliau berkata demikian semasa berucap di satu persidangan anjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
"Wadah-wadahnya terpencar, pemain-pemainnya amat berpusat. Dan di sini saya fikir bank-bank pusat dan bank-bank komersil perlu meningkatkan usaha menghapuskan halangan. Dan saya fikir salah satu cara ia telah dibincangkan adalah menerusi pengeluaran mata wang digital bank pusat. Cara yang lain adalah menerusi kawal selia," ujar Ravi Menon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.