Skip to main content

Singapura

ASEAN terus usaha ke arah integrasi ekonomi serantau

ASEAN tetap menjalankan usaha ke arah integrasi ekonomi rantau ini meskipun kecenderungan nasionalis dan sentimen antiperdagangan bebas meningkat di negara-negara lain.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Aug 2018 10:11PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 10:18PM

SINGAPURA: ASEAN tetap menjalankan usaha ke arah integrasi ekonomi rantau ini meskipun kecenderungan nasionalis dan sentimen antiperdagangan bebas meningkat di negara-negara lain.

Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing yang turut menyuarakan sentimen sama seperti Perdana Menteri Lee Hsien Loong, mengenai betapa pentingnya Rundingan bagi Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) itu.

Menurut Encik Chan, Singapura menyandang jawatan Pengerusi ASEAN ketika ia berada di persimpangan genting untuk menjadi sebuah pertubuhan bersepadu yang mampu membuat penyesuaian dalam sekitaran global yang lebih rumit dan tidak pasti.

Encik Chan berkata kemajuan sudah dibuat dalam beberapa bidang seperti membangunkan keterkaitan digital di rantau ini.

Ini termasuk persetujuan untuk mengadakan Inisiatif Kerjasama Piawai Dagangan Digital antara ASEAN dengan Australia.

Pencapaian-pencapaian itu, kata Encik Chan, menjadi bukti keteguhan wawasan dan komitmen ASEAN bagi mewujudkan kerjasama ekonomi yang lebih padu untuk terus memberi dan memakmurkan para peniaga dan rakyat negara-negara anggotanya.

Melangkah ke hadapan, Encik Chan menambah, ASEAN perlu terus memajukan lagi apa yang sudah dicapai dan tidak boleh terganggu dengan dasar 'U-turn" atau berpatah balik yang berlaku di tempat-tempat lain.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita