ASEAN sasar muktamadkan Perjanjian Perdagangan Barangan pada Q1 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: ASEAN dijangka mencapai sasarannya untuk memuktamadkan rundingan berhubung Perjanjian Perdagangan Barangan menjelang suku pertama tahun depan.
Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong di Sidang Puncak Asia ke-11 anjuran Institut Milken pada Khamis (19 Sep).
Perjanjian itu diperluas untuk turut menangani trend-trend baharu yang muncul dalam ekonomi kemampanan dan kitaran.
Ia bertujuan mencapai aliran bebas barangan yang membawa kepada kurang sekatan dagangan dan hubungan ekonomi lebih mendalam.
Encik Gan memberi kemas kini tersebut menyusuli mesyuarat para menteri ekonomi di Laos.
"Kami juga sudah memuktamadkan dengan ketara rundingan bagi meningkatkan FTA ASEAN-China 3.0," kongsi Encik Gan.
Perkembangan ini, tambah beliau, akan memperdalam lagi kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan China, khususnya dalam bidang-bidang berkembang seperti ekonomi digital, ekonomi hijau serta keterhubungan rantaian bekalan.

Sumber : CNA/FZ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.