Skip to main content

Singapura

ASEAN, Rusia meterai perkongsian strategik, MOU kerjasama ekonomi

Hubungan antara ASEAN dengan Rusia diperkukuhkan lagi dengan perkongsian strategik yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak di Sidang Puncak ASEAN-Rusia hari ini (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Nov 2018 08:32PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 11:01PM

SINGAPURA: Hubungan antara ASEAN dengan Rusia diperkukuhkan lagi dengan perkongsian strategik yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak di Sidang Puncak ASEAN-Rusia hari ini (14 Nov).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, ASEAN dan Rusia sudah bekerjasama dalam pelbagai bidang dari segi politik, ekonomi hingga ke isu-isu berkaitan sosiobudaya.

"Rusia turut mengambil bahagian secara aktif dalam forum-forum pimpinan ASEAN seperti ARF, ADMM Plus dan EAS. Sidang puncak hari ini diharapkan dapat memperkukuh lagi hubungan antara kedua-kedua pihak," tambah PM Lee.

Kedua-dua pihak sebelum ini berjaya meningkatkan kerjasama dan meluluskan Kenyataan Bersama daripada Sidang Puncak Ketiga ASEAN-Rusia berkenaan Perkongsian Strategik.

ASEAN dan Rusia turut berjaya meningkatkan kerjasama dalam bidang teknologi dan meluluskan Kenyataan ASEAN dan Persekutuan Rusia mengenai Kerjasama dalam Bidang Keamanan dan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Satu memorandum persefahaman berkenaan kerjasama ekonomi turut dimeterai.

Presiden Rusia Vladimir Putin turut mengambil kira kemajuan dalam kerjasama dengan blok serantau itu dalam tempoh dua tahun lalu.

Encik Putin menambah, Mosko akan menyertai ASEAN dalam membangunkan rangkaian bandar bijak. 

Sumber : CNA/HA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita