ASEAN perlu timbang tindakan lanjut berhubung isu Myanmar: PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu menimbangkan tindakan selanjutnya dan memberi isyarat jelas kepada pemerintah tentera Myanmar.
Berucap di Sidang Puncak ASEAN ke-41 pada Jumaat (11 Nov), PM Lee berkata amat membimbangkan dan mengecewakan bahawa pihak berkuasa Myanmar mengabaikan ASEAN dan Konsensus Lima Perkaranya yang dipersetujui.
Konsensus itu menyeru agar keganasan di negara itu segera dihentikan.

PM Lee berkata jika tiada kemajuan dicatat, Myanmar seharusnya hanya dijemput bagi mesyuarat peringkat menteri sahaja dan sidang puncak ASEAN yang bukan di peringkat politik.
Dengan tiada perwakilan politik dari Myanmar, keputusan kemudian harus dibuat oleh sembilan anggota negara lain.
Beliau menambah kerja-kerja ASEAN perlu diteruskan, ia tidak boleh dihentikan atau dijadikan tebusan hanya kerana satu anggotanya gagal untuk menjalankan kewajipannya.
Saranan PM Lee itu naik setapak lagi berbanding 'status quo' di mana perwakilan politik Myanmar sudah pun dikecualikan daripada kesemua Sidang Puncak ASEAN dan juga Mesyuarat Menteri Luar.
Namun PM Lee berkata, mengekalkan pendirian sebegini merupakan kegagalan untuk mencerminkan betapa teruk keadaan sebenar di Myanmar.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.