ASEAN perlu berkembang maju dengan pelepasan karbon lebih rendah: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/Dita Alangkara)
VIENTIANE: Negara-negara di Asia Tenggara perlu berkembang maju, namun ia harus dilakukan "dengan pelepasan karbon lebih rendah berbanding sebelum ini", kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Rabu (9 Okt), di sidang puncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Vientiane.
"Untuk memenuhi sasaran pelepasan karbon kita, kita perlu beralih lebih cepat kepada penyelesaian karbon rendah dan tenaga boleh diperbaharui," kata Encik Wong kepada rakan pemimpin.
Beliau menggesa supaya rangka kerja kawal selia dan komersil yang jelas dilaksanakan bagi perdagangan tenaga rentas sempadan, untuk mencapai grid kuasa ASEAN yang dirancang, iaitu satu inisiatif untuk membantu blok tersebut mencapai matlamatnya yang mampan.
Sedang ASEAN berusaha menghasilkan rangka kerja untuk pembangunan kabel kuasa dasar laut menjelang akhir tahun ini, ia boleh merujuk kepada rangka kerja sedia ada di rantau ini, bagi kabel gentian optik yang sudah dipasang, tambah Encik Wong.
EKONOMI DIGITAL
Encik Wong juga bercakap tentang potensi bagi pasaran digital ASEAN, dan menambah bahawa ia boleh menjadi pendaya (enabler) penting bagi perusahaan kecil dan sederhana.
Potensi tersebut boleh diteroka dengan pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN menjelang tahun depan, tambahnya.
Beliau berkata Panduan ASEAN mengenai Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) akan memudahkan pembangunan model kecerdasan buatan di seluruh Asia Tenggara, dengan cara yang selamat dan boleh dipercayai, serta boleh digunakan untuk membentuk norma global.
Encik Wong juga menggesa supaya keselamatan siber serantau diperkukuhkan, kerana ia merupakan pendaya kritikal ruang digital.
Bergerak pantas dalam bidang baharu seperti ekonomi digital dan hijau akan membantu memberikan kehidupan yang lebih baik bagi rakyat ASEAN, dan membantu blok tersebut kekal relevan dengan rakan kongsi luarnya, kata Encik Wong.
MASA SUKAR DAN TIDAK MENENTU
Encik Wong memberitahu rakan pemimpinnya bahawa keadaan luar ASEAN menjadi lebih berbahaya dan tidak menentu.
“Terdapat peperangan di Eropah dan Timur Tengah. Terdapat rasa tidak percaya dan syak wasangka yang semakin meningkat antara Amerika dan China. Dan semakin banyak negara mengutamakan keselamatan negara berbanding kecekapan ekonomi dan perdagangan bebas,” katanya.
Akibatnya, ekonomi global berpecah-belah, dan akan ada kesan terhadap ASEAN, katanya Encik Wong.
Lebih dekat dengan rantau ini, Laut China Selatan adalah "isu yang sedang berlaku, dengan risiko sebenar yang mungkin menjadi satu konflik", tambahnya.
Meskipun demikian, beliau berkata kejadian tersebut bukan kali pertama ASEAN berdepan dengan persekitaran geopolitik yang tidak menentu seperti itu, memetik bagaimana ia menubuhkan Sidang Puncak Asia Tenggara, ketika dunia beralih kepada era baharu pasca Perang Dingin kira-kira 20 tahun lalu.
Akhirnya, ujian perpaduan ASEAN terletak pada cara ia menangani cabaran dalaman, kata Encik Wong. Beliau menarik perhatian kepada Myanmar sebagai salah satu contoh, dan menggesa agar Konsensus Lima Perkara dilaksanakan.
Beliau berkata ASEAN tidak boleh meneruskan hubungan seperti biasa dengan Myanmar, dan perlu mengekalkan pendiriannya terhadap negara tersebut, terutama sekali terhadap perwakilan bukan politiknya di sidang puncak dan mesyuarat menteri luar.
Encik Wong berkata bahawa pada masa hadapan, ASEAN perlu menyepadukan Timor-Leste secara berkesan, dan menyokong sepenuhnya usaha negara itu untuk memenuhi pelan hala tuju yang dipersetujui untuk menyertai blok tersebut.
SIDANG PUNCAK ASEAN PERTAMA
Encik Wong, yang menjadi perdana menteri pada Mei, mengucapkan terima kasih kepada rakan pemimpinnya, atas sambutan yang baik pada sidang puncak ASEAN pertamanya.
"ASEAN kritikal bagi keamanan, kestabilan, dan pertumbuhan rantau kita. Jadi ASEAN akan kekal sebagai perkara yang penting bagi dasar luar Singapura," katanya.
Beliau berkata blok itu perlu memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini diteruskan, dengan terus mengekalkan infrastruktur rantau ini terbuka dan inklusif, serta melibatkan pihak luar.
Pada petang Rabu, Encik Wong bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di luar sidang puncak tersebut.
Beliau kemudian mengadakan mesyuarat antara pemimpin dengan wakil ASEAN dari Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN. Badan tersebut berfungsi sebagai pusat komunikasi dan perkongsian maklumat antara parlimen negara anggota.
Pada sebelah malam, Encik Wong akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Pham Minh Chinh, dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, secara berasingan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.