Skip to main content

Singapura

ASEAN kekal rantau cerah meskipun sistem dagangan hadapi tekanan: PM Lee

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) kekal sebagai rantau yang cerah walaupun sistem perdagangan berbilang hala yang menyokong pertumbuhan global dan kestabilan, menghadapi tekanan. Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN kekal rantau cerah meskipun sistem dagangan hadapi tekanan: PM Lee

PM Lee berucap di majlis perasmian Sidang Puncak ASEAN ke-33. (Gambar: Athit Perawongmetha/Reuters)

Diterbitkan : 14 Nov 2018 11:32PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 11:35PM

SINGAPURA: Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) kekal sebagai rantau yang cerah walaupun sistem perdagangan berbilang hala yang menyokong pertumbuhan global dan kestabilan, menghadapi tekanan. Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (14 Nov).

Berucap di jamuan tengah hari bagi para pemimpin ASEAN dan tetamu, PM Lee menekankan dua trend berbeza yang sedang membentuk dunia.

Negara-negara kian menjadi lebih berdikari dan terhubung disebabkan oleh teknologi-teknologi digital dan cabaran-cabaran rentas sempadan seperti perubahan iklim dan keselamatan siber, katanya.

Disebabkan oleh trend sedemikian, ASEAN kekal cerah, katanya: "Ia adalah kumpulan serantau paling stabil secara politik dan rancak secara ekonomi di dunia," kata PM Lee.

PM Lee turut menyentuh tentang bagaimana ASEAN sedang menggandakan usaha integrasi ekonominya.

Masyarakat Ekonomi ASEAN ditubuhkan pada 2015 sudah merendahkan kemasukan sekatan dan mengurangkan kos urus niaga, katanya.

Beliau turut menarik perhatian bahawa rundingan berhubung Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), satu perjanjian perdagangan antara 16 negara "hampir selesai".  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita