Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN harus manfaatkan trend baru ekonomi digital & kemampanan, kata Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN harus manfaatkan trend baru ekonomi digital & kemampanan, kata Tan See Leng

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berucap di Forum ASEAN dan Asia yang ke-14 pada 6 Okt 2022. (Gambar: Tan See Leng/Facebook)

SINGAPURA: ASEAN boleh merealisasikan sepenuh potensinya dengan memanfaatkan trend-trend yang baru muncul seperti ekonomi digital dan kemampanan.

Berucap di Forum ASEAN dan Asia yang ke-14, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata pertubuhan serantau itu mempunyai peluang baik untuk menjadi rantaian bekalan yang penting.

Tambah Dr Tan lagi, rantau tersebut mesti memperkukuhkan lagi ketersambungannya dengan seluruh dunia namun bukan sekadar melalui perjanjian perdagangan sahaja.

Ia juga tentang memanfaatkan kekuatan satu sama lain.

Dr Tan, yang juga Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, menggesa perniagaan-perniagaan agar meneliti bidang-bidang pertumbuhan seperti kredit karbon.

"Sedang momentum berhubung tindakan perubahan iklim di peringkat sejagat kian meningkat, perniagaan-perniagaan perlu membuat peralihan serta mengubah produk dan khidmat mereka untuk menjadi lebih mampan bagi memenuhi permintaan pelabur dan pelanggan," ujar Dr Tan.

Menurut beliau, peralihan dan perubahan demikian adalah bagi mewujudkan peluang-peluang dalam bidang kewangan mesra alam, sedang lebih banyak syarikat menimbangkan pelbagai kaedah kewangan untuk menyokong usaha kemampanan.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan