ASEAN Campur Tiga perlu pertingkat daya tahan hadapi krisis masa depan: Dr Vivian Balakrishnan
Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai, 2025. (Gambar: Bernama)
Dalam satu catatan di Facebook, beliau berkata perkara itu disampaikan semasa mesyuarat ASEAN Campur Tiga iaitu China, Jepun, dan Korea Selatan.
"Keupayaan ASEAN menghimpunkan kumpulan rakan luar yang pelbagai, menjadi lebih penting pada masa kini dan mencerminkan peranan kami sebagai platform yang dipercayai untuk dialog terbuka dan bermakna di rantau ini,” katanya.
Dr Balakrishnan kini berada di Kuala Lumpur menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai.
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Campur Tiga ke-26, merupakan antara agenda pada Khamis (11 Jul).
Sementara itu, Dr Balakrishnan berkata beliau berbesar hati menyambut Menteri Luar terbaharu ke AMM, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio, Menteri Luar Kanada Anita Anand dan Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya, yang bersama beliau mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Jepun.
“Singapura menantikan peluang untuk mengukuhkan kerjasama lama ini, terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan hijau,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.