ASEAN boleh teroka lebih banyak peluang perniagaan di Afrika: Dr Maliki
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Maliki Osman menggesa negara-negara anggota serta syarikat-syarikat di ASEAN untuk meninjau lebih jauh dalam mencari peluang, sedang rantau ini semakin berkembang.
Beliau menambah, mereka boleh meneroka potensi Afrika yang belum diraih sepenuhnya.
Perdagangan ASEAN dengan benua Afrika membentuk hanya sekitar 2.2 peratus jumlah perdagangannya di peringkat global.
Dr Maliki mengatakan lebih banyak sokongan boleh diberi kepada sektor niaga menerusi perjanjian ekonomi dan keterhubungan udara yang meningkat.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis mengalu-alukan para pegawai dari Afrika sub-Sahara.
Mereka kini di Singapura bagi satu lawatan pertukaran peringkat tinggi antara kementerian.
Dr Maliki turut menggalak negara-negara Afrika untuk terus memanfaatkan program-program membina keupayaan.
Ia kini ditawarkan di bawah Program Kerjasama Singapura dan Program Perkongsian Singapura-Afrika.
"Kita hidup dalam masa yang mencabar. Keadaan global semasa, dari segi strategik dan ekonomi, kini semakin meruncing, berbanding apa yang pernah kita lalui untuk tempoh yang lama. Memang menarik bagi negara-negara untuk melihat ke dalam, berpaling dari sikap saling percaya dan menghormati," ujar Encik Maliki.
Beliau menambah: "Namun, banyak yang boleh kita lakukan bersama, dan perlu lakukan bersama, untuk tangani cabaran kita bersama,mengembangkan ekonomi dan meningkatkan kehidupan penduduk."

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.