Skip to main content

Singapura

ASEAN boleh jadi wadah hubungkan China dan India dengan rantau lebih meluas: Menteri Alvin Tan

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata ASEAN boleh menjadi wadah bagi China dan India terhubung dengan rantau yang lebih luas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Sep 2025 06:47PM Dikemas Kini : 08 Sep 2025 11:10PM
SINGAPURA: Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata ASEAN boleh menjadi wadah bagi China dan India terhubung dengan rantau yang lebih luas.

Encik Tan turut menggariskan manfaat-manfaat yang boleh diraih menerusi penyatuan perdagangan, kestabilan dan rantaian bekalan.

Beliau menarik perhatian, walaupun hubungan antara kedua-dua gergasi Asia itu "rumit", kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama.

Encik Tan berkata demikian ketika berucap di sebuah forum mengenai pertumbuhan dan pelaburan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan sejagat.

Beliau berkata Singapura mempunyai hubungan yang kukuh dengan kedua-dua China dan India.

Sehubungan dengan itu, pendekatan jangka panjang diperlukan bagi membina kepercayaan dengan kedua-dua negara untuk memastikan hasil yang saling menguntungkan.

Di China, misalnya, kerjasama dengan Singapura bermula sejak 1976 semasa tahun-tahun awal pembaharuan negara.

Kerjasama itu kini diperluaskan daripada projek Taman Perindustrian Suzhou kepada projek-projek hijau dan digital.

Manakala dengan India pula, tahun ini, Singapura meraikan 60 tahun hubungan diplomatik bersama.

Singapura terus menyokong pembangunan India dalam bidang-bidang utama seperti semikonduktor, taman-taman perindustrian mampan dan daya tenaga hijau.

"Sebagai sebuah hab perdagangan, Singapura memudahkan hubungan perdagangan serta kebudayaan berabad-abad lamanya di rantau ini.

"Kita meneruskan legasi dalam perdagangan dan keterhubungan malah sehingga ke hari ini.

"Rakyat kita mencerminkan hubungan ini — masyarakat Cina dan India Singapura, bersama-sama yang lain, membangunkan negara kita bersama dan membentuk kebudayaan, daripada makanan yang dimakan hinggalah perayaan yang disambut.

"Kita terus berdiri sebagai sebuah wadah bagi pertukaran budaya, rakyat dan tentu sekali, bagi idea, pelaburan serta inovasi," kata Encik Tan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita