Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ASEAN bakal tubuh jawatankuasa kerja keselamatan siber, dedah S Iswaran

Sebuah jawatankuasa kerja ASEAN mengenai keselamatan siber akan dibentuk.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Oct 2019 08:05PM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 10:26PM

SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa kerja ASEAN mengenai keselamatan siber akan dibentuk.

Ia membawa pertubuhan serantau itu selangkah lagi untuk melaksanakan norma-norma yang membentuk asas bagi perbuatan bertanggungjawab di alam siber.

Rancangan itu diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber S Iswaran di sidang media yang diadakan semasa Persidangan Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber.

Tahun lalu, negara-negara ASEAN, pada prinsipnya, bersetuju untuk mematuhi 11 norma mengenai kelakuan yang berhemah di alam siber berdasarkan saranan dalam laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2015.

Di Persidangan Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber tahun ini pula, negara-negara anggota bersetuju untuk mengambil langkah seterusnya dengan menubuhkan jawatankuasa bagi melakar tindakan-tindakan praktikal untuk dilaksanakan.

Jawatankuasa tersebut meliputi para pegawai negara-negara ASEAN, terutamanya yang pernah bekerja dalam bidang keselamatan siber.

Mereka akan meneliti isu tersebut dan membentangkan saranan di sidang tahun depan. 

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan