ASEAN alami 1,400 bencana alam pada 2021; ragut lebih 1,000 nyawa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bencana alam yang melanda negara-negara ASEAN tahun lalu meragut nyawa lebih 1,000 orang dan mencederakan lagi 16,000 yang lain.
Sekitar 1,400 bencana alam yang terjadi tahun lalu itu adalah tiga kali ganda lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.
Bercakap di satu dialog pengurusan bencana pada Jumaat (19 Ogos), Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata rantau ini adalah salah satunya di dunia yang amat terjejas oleh perubahan iklim.
Maka itu, beliau menggesa penggubal dasar agar tingkatkan usaha untuk menangani isu tersebut.
ASEAN juga katanya harus bekerjasama antara satu sama lain untuk membina daya tahan dalam menghadapi dan mengharungi bencana.
"Selain kerjasama antara pemerintah, pertubuhan bukan pemerintah, masyarakat awam dan perniagaan boleh memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana. Satu contohnya adalah daya tahan prasarana, yang boleh mengurangkan kesan daripada bencana alam," tambah Cik Teo.
Beliau menyarankan agar dimanfaatkan inovasi seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi meningkatkankeberkesanan tindakan balas terhadap bencana, selain memperkukuhkan kerjasama dan membuat pelaburan besar dalam daya tahan prasarana.
Seramai 130 wakil dari rantau ini menghadiri dialog tersebut yang memberi tumpuan kepada keperluan mendesak untuk meningkatkan daya tahan menangani bencana.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.